top of page
PERUTUSAN PENGARAH TAHUN 2023
Assalammualaikum 1.jpg

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

 

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita diberi peluang melangkah ke tahun baru 2023.

 

Saban tahun kita menyambut tahun baharu dengan bermuhasabah. Percaya pada janji Allah SWT, setiap kesukaran akan disertai kemudahan. Berbekalkan keyakinan ini, saya ingin menyeru kepada warga JKR WP Putrajaya agar dapat mengekalkan momentum pencapaian untuk menghadapi cabaran baharu pada tahun 2023. Jadikahlah JKR WP Putajaya tersohor sebagai satu agensi yang terbaik di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia.

 

Tahun 2022 merupakan tahun untuk Malaysia kembali ke landasan setelah seluruh negara berusaha untuk memastikan kesan virus Covid-19 berakhir dan menggerakkan semula aktiviti ekonomi negara. JKR WP Putrajaya terus melakar kecemerlangan menerusi kejayaan-kejayaan yang telah dirangkul dan kecapi sepanjang tahun 2022 antaranya mendapat johan dalam konvensyen KIK diperingkat Jabatan dan Kementerian. Selain itu, pengiktirafan daripada pelanggan terhadap pencapaian cemerlang JKR WP Putrajaya dalam pengurusan fasiliti dan pelaksanaan projek telah membuktikan JKR WP Putrajaya sentiasa mengutamakan prestasi dan berpaksikan keutamaan kepada pelanggan dan rakyat. Tahniah dan syabas kepada warga JKR WPP, di atas pencapaian prestasi perbelanjaan yang cemerlang pada tahun 2022 meskipun berdepan dengan pelbagai halangan utamanya pendamik covid-19.Sempena kehadiran tahun baharu 2023 ini, saya berharap agar JKR WP Putrajaya terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. JKR WP Putrajaya komited untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan demi memastikan kesejahteraan rakyat dapat ditingkatkan.

pengarah 3.png

Sentiasa berusaha untuk memenuhi aspirasi yang telah digariskan di dalam Dasar Pembinaan Kebangsaan (NCP) 2030 yang merupakan game changer bagi memperkukuh dan memperkasakan pembangunan sektor pembinaan negara. NCP 2030 dijadikan teras bagi menerapkan amalan terbaik di dalam keselamatan dan kesihatan, kemampanan alam sekitar dan kualiti dalam industri pembinaan. Disamping itu, nilai berasaskan teknologi (technology-based) wajar dipraktikkan dalam melaksanakan setiap tugasan di pejabat, berikutan penggunaan teknologi amat kritikal bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan pantas dan tuntas. Nilai ini juga bertepatan dengan tema HPTN 2022 iaitu “Mengungguli Teknologi Melonjak Pembangunan”, yang mana penguasaan teknologi menjadi pemangkin kepada pembangunan dan modenisasi sesebuah negara. Aduan rakyat bukanlah bebanan malah ianya sebagai pemangkin semangat untuk maju dan kreatif serta berdaya saing dalam meningkatkan prestasi yang lebih cemerlang.

 

Akhir kata, saya menyeru warga JKR WP Putrajaya terus memperkukuhkan azam, memperteguh iltizam dan memantapkan ikhtiar kita untuk bersama-sama berubah dan mengubah perkhidmatan awam kepada perkhidmatan yang dihormati, disegani, diteladani kerana kepantasan perkhidmatan, integriti dan profesionalisme. Saya juga berdoa agar warga JKR WP Putrajaya sentiasa istiqamah dalam menjalankan tugas yang di amanahkan dan berusaha meningkatkan prestasi Jabatan agar terus kekal relevan dalam menerajui pembangunan teknikal dan teknologi baru.

 

Sepertimana firman Allah S.W.T dalam Surah Yunus Ayat 89

قَالَ قَدْ أُجِيبَتْ دَعْوَتُكُمَا فَاسْتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَانِّ سَبِيلَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Dia (Allah) berfirman, “Sungguh, telah diperkenankan permohonan kamu berdua, kerana itu istiqamahlah kamu berdua pada jalan yang lurus dan jangan kamu mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui.” – (Q.S Yunus: 89)

Sekian,

وَبِاللهِ التَّوْفِيْقُ والهِدَايَةُ وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ir. ANITA BINTI MOHAMED SHAFIE

Pengarah JUSA C

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page