top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Mesyuarat Dan Bengkel Penyediaan Dokumen Project Lesson Learned 2022

Tarikh : 20hb Mac 2022 (Ahad)

 

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) JKR WP Putrajaya telah menganjurkan Mesyuarat dan Bengkel Penyediaan Dokumen Project Lesson Learned (PLL) bertempat di Tasik Villa International Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 17 hingga 19 Mac 2022. Seramai 22 orang pegawai yang terlibat serta 2 orang wakil penceramah dan fasilitator daripada ECKM Ibu Pejabat JKR iaitu Sr.Dr. Khairil Hizar Bin Md.Khuzaimah dan Encik Mohammad Syahmi Bin Abdullah.

 

Mesyuarat & bengkel PLL ini merupakan acara program tahunan JKR WP Putrajaya setiap tahun dimana perlu menyiapkan 2 dokumen Project Lesson Learned untuk dimuat naik pada platform JPedia bagi tujuan perkongsian ilmu dan pengalaman kepada semua warga JKR Malaysia.

 

2 bahagian yang terpilih untuk penyediaan dokumen PLL pada tahun ini adalah:

 

1)    Bahagian Arkitek dengan tajuk dokumen: PROJEK MENAIKTARAF/PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN KERAJAAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.

 

2)    Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan dengan tajuk dokumen: SEMAKAN AUDIT TEKNIK KEATAS PENYEDIAAN PERAKUAN AKAUN & BAYARAN MUKTAMAD.

 

Dokumen Project Lesson Learned ini merupakan keperluan bagi memenuhi Pelan Startegik 2021-2025 JKR Malaysia bagi tema 1 dibawah subtema T1.3 "Membentuk Kompetensi Pengurusan Aset Menyeluruh", tema 3 dibawah sub tema T3.5 “Perlaksanaan Perkongsian Ilmu Kepakaran” dan tema 5 dibawah subtema T5.3 “Memperkasa Ilmu Pengetahuan Organisasi”

 

JKR WP Putrajaya telah berjaya memuat naik sebanyak 12 dokumen PLL pada platform JPedia semenjak 2016 hingga 2021 yang mana semua dokumen ini menjadi sumber rujukan dan panduan dalam penyeliaan projek atau perlaksanaan sesuatu prosess kerja terutama yang melibatkan kerja-kerja penyelengaraan fasiliti bangunan Kerajaan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Berita disediakan oleh:

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 13-JUN-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page