top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Penyerahan Projek Pembinaan Galeri Anjung Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Putrajaya

Tarikh : 28hb Sep 2022 (Rabu)

 

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK CADANGAN PEMBINAAN GALERI ANJUNG DI ARAS LG, JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM), LOT 2G1A, PRESINT 2, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA & KERJA - KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG SISTEM AUDIO DAN VISUAL BAGI PROJEK CADANGAN PEMBINAAN GALERI ANJUNG DI ARAS LG, JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM), LOT 2G1A, PRESINT 2, PUTRAJAYA

Projek pembinaan Galeri Anjung ini telah mula dibina pada 25 November 2021 dengan kos asal sebanyak RM456,294.90 bagi Cadangan Pembinaan Galeri Anjung dan RM469,395.00 bagi Kerja - Kerja Membekal Dan Memasang Sistem Audio Dan Visual di Aras LG, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

 

Pembinaan Galeri Anjung dengan keluasan lantai sebanyak 234.3 meter persegi (m²) ini telah di rekabentuk bagi menempatkan ruang-ruang utama seperti :  

 

a) Kaunter Penerimaan Tetamu, Ruang Duduk, Perpustakaan Mini, Ruang Sejarah, Ruang Perbincangan, Bilik Utiliti dan  Lain - Lain Ruang Sokongan merangkumi skop kerja  seperti pemasangan decorative arc panel, wall panel & column panel, drywall, carpet tiles, raised floor, drywall, kemasan siling, kerja mengecat, stainless steel frame, book shelves, filling shelves, round bench, wood panel, kabinet tv, kerja - kerja mekanikal, kerja - kerja elektrikal dan kerja – kerja berkaitan. 

 

b) Manakala bagi skop kerja sistem audio visual merangkumi kerja membekal dan memasang interactive media unit, LED display wall, LED TV dan kerja - kerja yang berkaitan dengannya.

 

c) Team Force Engineering sebagai kontraktor pembinaan galeri anjung dan Perkhidmatan Nyaman Niaga sebagai kontraktor sistem audio visual.

 

Perjalanan masa yang panjang dengan pelbagai halangan dan cabaran, telah pun berjaya dilalui oleh semua yang terlibat, sehingga ianya berjaya disiapkan dengan pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 09 September 2022 lalu. Kitaran projek bangunan ini sekarang berada di peringkat tempoh tanggungan kecacatan (DLP) selama 6 bulan iaitu sehingga 01 Mac 2023.

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, pihak kontraktor dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Akhir sekali, JKR selaku Agensi Pelaksana ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan semua pihak yang terlibat di atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Diharap kerjasama erat ini akan terus dikekalkan bagi   projek - projek yang sedang dirancang dan bakal dilaksanakan pada masa akan datang.

 

 

Berita disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 18-MAC-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page