top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Majlis Penyerahan Projek Ubahsuai Naik Taraf Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Penglihatan Dan Masalah Pendengaran Di SK Putrajaya Presint 18(1), Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tarikh : 19hb Nov 2019 (Selasa)

Majlis penyerahan bagi projek Ubahsuai Naik Taraf Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Penglihatan Dan Masalah Pendengaran Di Sk Putrajaya Presint 18(1), Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diadakan pada 19 November 2019 yang lepas. Majlis serahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’Ir. Hj. Habbali Bin Ibrahim, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP) kepada Puan Zahnan Wahieyah binti Mohammad Yusoff, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Majlis juga turut dihadiri oleh wakil Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Guru Besar SK Putrajaya Presint 18(1), Jurutera Elektrik Penguasa Kanan Bahagian Pengurusan Projek, Arkitek Penguasa kanan Bahagian Arkitek dan juga wakil kontraktor Twin Trust Construction & Maintenance.

 

Projek ini telah berjaya disiapkan dengan sempurna pada 15 November 2019 dan memberikan keselesaan dalam suasana pembelajaran kepada guru serta para pelajar kelainan upaya (OKU) yang menggunakan kelas tersebut. Skop kerja terlibat adalah membina dinding pembahagi yang baharu, membekal perabot, pendawaian semula elektrik, sistem pencegahan kebakaran yang baharu, ubahsuai tandas kepada tandas OKU serta pembinaan laluan tactile.

 

Pihak pelanggan sebagai end user amat berpuas hati atas hasil kerja yang sempurna serta menepati kehendak asal pihak sekolah dan merakam ucapan ribuan terima kasih kepada JKRWPP kerana dapat merialisasikan impian pelanggan sebagaimana dirancang. Diucapkan juga terima kasih kepada pihak Twin Trust Construction & Maintenance kerana dapat memberikan hasil kerja yang sempurna dan diharapkan agar dikekalkan prestasi yang baik ini.

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 18-MAC-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page