top of page
Penyerahan Projek Pengubahsuaian Ruang Pejabat
Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (MPIC), Putrajaya

Tarikh : 19hb Okt 2022 (Rabu)

 

Majlis Penyerahan CADANGAN PROJEK PENGUBAHSUAIAN RUANG PEJABAT ARAS 5, BANGUNAN LOT 2G4, PRESINT 2, KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (MPIC), PUTRAJAYA pada 19hb Oktober 2022 pukul 03:00 Petang di Ruang Pejabat Aras 5, Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (MPIC), Putrajaya.

 

Yang Berbahagia Datuk Ravi Muthayah,

Ketua Setiausaha (KSU)

Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (MPIC)

 

Yang Berusaha Ir. Anita Binti Mohamed Shafie,

Pengarah, JKR WP Putrajaya

 

Projek pengubahsuaian ruang pejabat MPIC yang baru ini telah dimulakan pada 01 hb April 2022 dengan kos kontrak sebanyak RM4,091,754.00 (RINGGIT MALAYSIA Empat Juta Sembilan Puluh Satu Ribu Tujuh Ratus Lima Puluh Empat)

 

Projek ini melibatkan pengubahsuaian keluasan lantai sebanyak 2,643 meter persegi (m²) dan menempatkan enam (6) bahagian utama MPIC iaitu:

 

a)  Bahagian Kemajuan Industri Sawit dan Koko

b)  Bahagian Kemajuan Industri Kayu-Kayan, Tembakau dan Kenaf

c)  Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada

d)  Bahagian Kemajuan Industri Getah

e)  Bahagian IT

f)   Bahagian Integriti

 

Ruang pejabat ini juga telah direka bentuk bagi menempatkan ruang-ruang yang lain seperti:

Kaunter Penerimaan Tetamu, Lobi, Bilik Mesyuarat Utama, Bilik Perbincangan, Surau, Bilik Banquet, Bilik Penyediaan Makanan, Bilik Utiliti, Bilik Fail, Bilik Mesin dan Lain - Lain Ruang Sokongan. Kerja – kerja tersebut merangkumi pemasangan drywall, glass wall, carpet tiles, carpet rolls, raised floor, signages, wallpapers, kemasan siling, kerja mengecat, kerja - kerja mekanikal, kerja - kerja elektrikal dan kerja – kerja berkaitan.

 

Perjalanan masa yang panjang dengan pelbagai halangan dan cabaran, telah berjaya dilalui oleh semua yang terlibat, sehingga ianya berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu pada 30hb September 2022. Kitaran projek bangunan ini sekarang berada di peringkat tempoh tanggungan kecacatan (DLP) selama 1 tahun iaitu sehingga 29hb September 2023.

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, pihak kontraktor (Raid Synergy Sdn. Bhd.) dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Akhir sekali, JKR selaku Agensi Pelaksana ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (MPIC) dan semua pihak yang terlibat di atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Diharap kerjasama erat ini akan terus dikekalkan bagi   projek - projek yang sedang dirancang dan bakal dilaksanakan pada masa akan datang.

 

 

Berita disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page