top of page
Salam Persaraan Ir. Syed Jaafar Idid Bin Syed Abdyllah Idid, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, Kem. Air, Tanah Dan Sumber Asli

Tarikh : 29hb Feb 2020 (Sabtu)

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. SYED JAAFAR IDID BIN SYED ABDYLLAH IDID, KETUA PENGARAH JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN, KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Mac 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Jentera pada 28 Ogos 1984 di JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Kedah. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1985 : Jurutera Jentera, JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Kedah

  2. Tahun 1985 - 1989 : Jurutera Mekanikal, JKR Woksyop Persekutuan Kuala Lumpur

  3. Tahun 1989 - 1994 : Jurutera Mekanikal, JPJ Malaysia (Bahagian Teknik)

  4. Tahun 1994 - 1997 : Jurutera Mekanikal, JKR Pahang Barat, Pahang

  5. Tahun 1997 - 2004 : Jurutera Mekanikal,  JKR Mekanikal Negeri Perlis

  6. Tahun 2004 - 2007 : Jurutera Mekanikal, JKR Kelantan

  7. Tahun 2007 - 2016 : Ketua Penolong Pengarah Kanan (Mekanikal), JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

  8. Tahun 2016 - 2018 : Timbalan Pengarah, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

  9. Tahun 2018 - 2020 : Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli

 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Pingat Mahkota Perlis, 17 Mei 2003

  2. Ahli Mahkota Kedah, Januari 2016

  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Workshop Persekutuan), 1986

  4. Sijil Penghargaan Institut Kerjaraya Melaysia (Pengajar/ Pensyarah Jemputan), 1989, 1990 & 1991

  5. Sijil Perkhidmatan Cemerlang Kerajaan (Pahang), 1995

  6. Sijil Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerjaraya Malaysia (Perlis), 1999

  7. Sijil Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerjaraya Malaysia (Kelantan), 2005

  8. Sijil Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerjaraya Malaysia (Putrajaya), 2012

  9. Sijil Pengiktirafan Pakar Rujuk Jabatan Bagi Bidang Pengurusan Aset Menyeluruh, 2017

  10. Sijil Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerja Raya Malaysia, 2017

 

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Jurutera Profesional Dengan Sijil Amalan, Lembaga Jurutera Malaysia

  2. Jurutera Profesional, Institut Jurutera Malaysia

  3. Sijil Pengiktirafan Pakar Rujuk Jabatan Bagi Bidang Pengurusan Aset Menyeluruh

c) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Moderator Bagi Program Libat Urus Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) Bersama-sama Kerajaan Negeri, 17 Februari 2020

  2. Pembentang Kertas Kerja ‘THE RELEVANCE OF SCADA IN INDUSTRY 4.0 ENVIRONMENT - A VIEW FROM SEWERAGE INDUSTRY’ dalam Persidangan Pengurus Kanan & Jurutera Daerah JPS Malaysia 2019

  3. Keynote Speaker bagi Trenchless Asia 2019 di Jakarta, Indonesia, Julai 2019

  4. Penceramah Taklimat Pelaksanaan Projek Retrofit (Bangunan Rendah Karbon) untuk Bangunan Kerajaan Putrajaya di Wisma MBSA Shah Alam pada 11 Mei 2016

  5. Penceramah Program Pengurangan Penggunaan Tenaga dan Kecekapan Tenaga Dalam Bangunan Kerajaan dalam Forum PQC202 di Putrajaya Green City di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 19 April 2016

  6. Penceramah ‘Facility Operation & Mantenance” di Shah Alam Convention Centre pada 28 Oktober 2015

  7. Moderator Jemputan dalam Forum Bandar Hijau Karbon Rendah Putrajaya di Dewan Melati, Kompleks PPJ, Putrajaya pada 12 Mac 2014

  8. Pensyarah/ Pengajar jemputan IKRAM/ Pusat Latihan JKR untuk skop berkaitan Sistem Penyaman Udara, Sistem Kawalan Dalam Bangunan, Senggaraan, Kimpalan, Kursus Elektromekanikal, Kursus Enjin Diesel (Fuel Pump) dari tahun 1985 hingga 2000

  9. 2011 - Surat Penghargaan Daripada KeTTHA Kerana Berjaya Melaksanakan Projek Retrofitting dan Relamping Bangunan Kementerian Kewangan (MOF) dan Bangunan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dengan Penjimatan Tenaga 15 Peratus

  10. 2017 - Surat Penghargaan dari Perbadanan Putrajaya atas Sokongan JKR Dalam Program Pelaporan Penggunaan Tenaga dan Pelepasan Karbon Bagi Sektor Bangunan (BECO2R)

  11. 2017 - Sijil Penghargaan sebagai Juri Pertandingan Lampu Kreativiti 3R Sempena Festival Light & Motion Putrajaya 2017 daripada Perbadanan Putrajaya

  12. 2018 - Sijil Penghargaan kepada Jabatan di mana Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 dimana pencapaian Pematuhan Amalan Terbaik Pengurusan Projek (INSPEKTORAT) Tahun 2018 ICU JPM sebanyak 96.38% (Significantly Exceed Target)

  13. 2019 - Sijil Penghargaan kepada Jabatan bagi ANUGERAH “BEST SEWAGE TREATMENT PLANT” SEMPENA “MWA 31ST ANNUAL DINNER & AWARDS NIGHT 2019”

  14. 2019 - Sijil Penghargaan kepada Jabatan bagi pencapaian the LONGEST MICROTUNNELLING ‘DIAMETER NOMINAL 1800MM’ CURVATURE SEWERAGE PIPELINE di dalam MALAYSIA BOOKS OF RECORDS

 

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ketua Pengurus, Pasukan Perbarisan JKR Negeri Kelantan, 2005

  2. Setiausaha  Kehormat, Kelab Sukan, Sosial & Kebajikan JKR WP Putrajaya, 2008 - 2014              

  3. Naib Yang Di Pertua 1, Kelab Sukan, Sosial & Kebajikan JKR WP Putrajaya, 2014 - 2016

  4. Timbalan Yang Di Pertua, Kelab Sukan, Sosial & Kebajikan JKR WP Putrajaya, 2016 - 2018

  5. Penasihat/ Yang Di Pertua, Kelab Kebajikan Dan Sukan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, November 2018 - 2020

  6. Penaung, Kelab Sukan Dan Kebajikan JPP, 2019 - 2020

  7. Penaung, Akrab Peringkat Jabatan (JPP), 2019 - 2020

  8. Penaung, Koperasi Jabatan Perkhidmatan Pembetunga, 2019 - 2020

  9. Pengerusi, Majlis Bersama Jabatan (MBJ), 2019 - 2020

 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan  Ir. SYED JAAFAR IDID BIN SYED ABDYLLAH IDID dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.

Berita Disediakan Oleh:

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

 

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page