top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Seminar Lestari: Keperluan Penerapan Hijau Di Dalam Penyelenggaraan Bangunan:
Pengenalan Dan Kesedaran

Tarikh : 30hb Oktober 2018 (Selasa)

Selaras dengan agenda Negara yang bermula daripada Perjanjian Copenhagen pada Tahun 2009 oleh PBB dan Misi Putrajaya GreenCity 2025 iaitu ‘mengurangkan kadar karbon sebanyak 60% menjelang tahun 2025’, Jawatankuasa Lestari & Pengurusan Tenaga JKR WP Putrajaya telah berjaya menganjurkan seminar sepertimana tersebut di atas. Seminar ini telah berjaya mengumpulkan seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada  kakitangan JKR, wakil Kementerian-kementerian, wakil kontraktor-kontraktor Pengurusan Fasiliti Putrajaya dan juga agensi-agensi lain yang terlibat.

 

Objektif utama seminar ini adalah bagi mewujudkan kesedaran kepada pihak pelanggan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya terhadap kepentingan pelaksanaan Hijau di dalam Penyelenggaraan Bangunan Kerajaan.

 

Seminar ini telah dirasmikan oleh Y.BHG. DATO’ SRI IR. DR. ROSLAN BIN MD TAHA, KETUA PENGARAH KERJA RAYA. Seminar ini telah dijayakan oleh 3 Orang Penceramah iaitu:

 

Penceramah 1: CIK WANG TZE WEE

                        Penolong Pengarah Kanan, Ketua Seksyen

                        Bandar Hijau Putrajaya, Jabatan Perancangan Bandar

                        Perbadanan Putrajaya

                       “Putrajaya Greencity 2025: Misi Dan Visi, Pelaksanaan Dan Pencapaian”

Penceramah 2: PUAN FARAH BINTI ABDUL SAMAD

                        Pengarah,

                        Cawangan Alam Sekitar Dan Kecekapan Tenaga (CASKT) JKR

                       “Pelaksanaan Hijau: Inisiatif Berterusan JKR”

Penceramah 3: IR SYED JAAFAR IDID SYED ABDYLLAH IDID

                        Timbalan Pengarah,

                        JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

                       “Pelaksanaan Hijau Penyelenggaraan Bangunan Kerajaan Di Putrajaya: Komitmen Dan Pencapaian”

 

Pihak JKR WP Putrajaya ingin merakamkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan seminar ini. Diharap seminar ini dapat menjadi medan interaksi antara penceramah dengan semua peserta seminar bagi memahami pelaksanaan Hijau dalam Penyelenggaraan Bangunan Kerajaan

Berita Disediakan Oleh

Mohd Shahriman Bin Abd. Latef

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan

Jawatankuasa Lestari dan Pengurusan Tenaga

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 17-NOVEMBER-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page