top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Seminar Pengurusan Keselamatan dan Pendaftaran Pepasangan Elektrik

Tarikh : 19 April 2018

Seminar Pengurusan Keselamatan dan Pendaftaran Pepasangan Elektrik telah diadakan dengan jayanya pada 19hb April 2018 bertempat di Dewan Seri Lestari, Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. Seminar ini adalah julung-julung kali diadakan oleh JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya yang melibatkan kerjasama tiga pihak di antara JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, Suruhanjaya Tenaga dan Kontraktor Penyenggaraan, Pertabina Technical Services Sdn. Bhd. Seminar ini melibatkan 150 orang peserta yang terdiri Kementerian/Jabatan, Kontraktor Penyenggaraan dan JKR Putrajaya.

 

Seminar ini diadakan untuk memberi pendedahan mengenai pengurusan keselamatan elektrik serta kepentingan pendaftaran pemasangan Elektrik & orang kompeten bagi semua bangunan Kerajaan di Putrajaya. Langkah ini diambil bagi mengatasi masalah terdapatnya banyak kes-kes penipuan dan pemalsuan sijil yang melibatkan bangunan Kerajaan di Putrajaya kebelakangan ini.

 

Skop seminar meliputi 3 segmen iaitu pengenalan kepada Suruhanjaya Tenaga, Audit Pengurusan Keselamatan Elektrik dan Aktiviti Penguatkuasaan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990. Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang bertanggungjawab mengawal selia sektor tenaga, khususnya industri pembekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Audit Pengurusan Keselamatan elektrik yang akan dilaksana bagi untuk memastikan keselamatan pemasangan elektrik di bangunan Kerajaan.

 

Semoga penganjuran seminar ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada semua peserta mengenai kepentingan Audit Pengurusan Keselamatan dan pendaftaran pepasangan elektrik dan orang kompeten bagi semua bangunan Kerajaan di Putrajaya.

Berita disediakan oleh:

Bahagian Senggara Zon 3 & Kejuruteraan Elektrik

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 18-MAC-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page