top of page
MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) KONTRAK FMM BANGUNAN LOT 2G3 DAN LOT 2G4

Tarikh : 01hb Dis 2023 (Jumaat)

 

Pada 1 Disember 2023, satu majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) telah diadakan untuk dua kontrak pengurusan fasiliti yang telah dianugerahkan kepada: 

 

1. SINAR TEKNIK URUS HARTA SDN BHD dengan kos sebanyak RM45,537,600.00 untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (Lot 2G3), Presint 2, Putrajaya, bagi tahun 2024 hingga 2028.

 

2. IKHA VENTURES SDN BHD dengan kos kontrak sebanyak RM56,180,954.00 bagi Kontrak Pengurusan Fasiliti di Kementerian Pertanian dan Komoditi, Jabatan Imigresen Malaysia (Lot 2G4), Presint 2, Putrajaya, bagi tahun 2024 hingga 2028.

 

Sesi penyerahan SST kepada kontraktor yang berjaya ini telah dilakukan oleh YBrs. Tuan Ir. Asha’ari Bin Hj Hasan, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, yang juga bertindak sebagai Pegawai Penguasa Fasiliti (FSO) bagi kedua-dua kontrak ini.

 

Majlis kemudiannya dilanjutkan dengan penyampaian surat perwakilan kuasa oleh YBrs. Tuan Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada YBrs. Puan Ir. Arnita Sofia Binti Osman, yang merupakan Jurutera Awam Penguasa Kanan di Bahagian Bangunan Kerajaan 2, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Majlis turut dihadiri oleh wakil pelanggan, iaitu YBrs. Puan Irweeda Binti Naim dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, serta YBrs. Puan Zaiti Zulaika Binti Zainul Ariffin yang mewakili Jabatan Imigresen Malaysia.  

Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengucapkan tahniah kepada kedua-dua kontraktor. Beliau berharap agar kontraktor yang berjaya dilantik ini dapat melaksanakan tanggungjawab dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk memastikan penyenggaraan fasiliti di kedua-dua bangunan ini dijalankan dengan baik.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik (BPKS)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page