top of page
MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST), DOKUMEN KONTRAK & SURAT PERWAKILAN KUASA BAGI KONTRAK FMM KUARTERS KERAJAAN PERSEKUTUAN DI PRESINT 10 &
PRESINT 14, PUTRAJAYA

Tarikh : 15hb Dis 2023 (Jumaat)

 

Pada 15 Disember 2023, satu Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST), Dokumen Kontrak & Surat Perwakilan Kuasa (3 Dalam 1) telah diadakan untuk kontrak pengurusan fasiliti yang telah dianugerahkan kepada:

 

VFIVE GROUP SDN. BHD. dengan kos sebanyak RM36,221,441.26 untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan Bagi 769 Unit Kuarters Jenis Banglo, Berkembar Dan Teres Di Kuarters Kerajaan Persekutuan di Presint 10 Dan Presint 14, Putrajaya (Bagi Tahun 2024 Sehingga 2029).

 

Sesi penyerahan SST & Dokumen Kontrak kepada kontraktor yang berjaya ini telah dilakukan oleh YBrs. Tuan Ir. Asha’ari Bin Hj. Hasan, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, yang juga bertindak sebagai Pegawai Penguasa Fasiliti (FSO) bagi kontrak ini.

 

Majlis kemudiannya dilanjutkan dengan penyampaian surat perwakilan kuasa oleh YBrs. Tuan Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada YBrs. Ir. Izmal Bin Ibrahim, yang merupakan Jurutera Awam Penguasa Kanan di Bahagian Residensi Kerajaan, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Majlis turut dihadiri oleh wakil pelanggan, iaitu YBrs. En. Mohd Shahrul Nizam Bin Salleh dari Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 

Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengucapkan tahniah kepada VFIVE GROUP SDN. BHD dan berharap agar kontraktor yang berjaya dilantik ini dapat melaksanakan tanggungjawab dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk memastikan penyenggaraan kuarters di kedua-dua presint ini dijalankan dengan baik.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Residensi Kerajaan (BRK)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page