top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) KONTRAK FMM BANGUNAN SETIA PERKASA

Tarikh : 04hb Dis 2023 (Isnin)

 

Pada 4 Disember 2023, satu majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) telah diadakan untuk kontrak pengurusan fasiliti yang telah dianugerahkan kepada: 

 

ADDEEN ENGINEERING SDN BHD dengan kos sebanyak RM87,892,989.64 untuk Kontrak Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan di Pejabat Kerajaan Kompleks Setia Perkasa, Presint 1, Putrajaya Bagi Tahun 2024 sehingga 2029.

  

Sesi penyerahan SST kepada kontraktor yang berjaya ini telah dilakukan oleh YBrs. Tuan Ir. Asha’ari Bin Hj Hasan, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, yang juga bertindak sebagai Pegawai Penguasa Fasiliti (FSO) bagi kontrak ini.

 

Majlis kemudiannya dilanjutkan dengan penyampaian surat perwakilan kuasa oleh YBrs. Tuan Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada YBrs. Ir. Izani Bin Mustapha, yang merupakan Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan di Bahagian Bangunan Kerajaan 1, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Majlis turut dihadiri oleh wakil pelanggan, iaitu YBrs. En. Ahmad Yusri Bin Yaacob dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta YBrs. Haji Mohd Yusof Bin Ithnin yang mewakili Kementerian Sumber Manusia (KSM)

 

Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengucapkan tahniah kepada Addeen Engineering Sdn. Bhd. dan berharap agar kontraktor yang berjaya dilantik ini dapat melaksanakan tanggungjawab dan memberikan komitmen sepenuhnya untuk memastikan penyenggaraan fasiliti di kedua-dua bangunan ini dijalankan dengan baik.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik (BPKS)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 18-MAC-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page