top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) DAN DOKUMEN KONTRAK (3 DALAM 1) BAGI KONTRAK PENGURUSAN FASILITI DAN PENYENGGARAAN DI BANGUNAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG (BHEUU), LOT 3G1, PRESINT 3, PUTRAJAYA BAGI TAHUN 2024 SEHINGGA 2029

Tarikh : 18hb Mac 2024 (Isnin)

 

Satu majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Dokumen Kontrak (3 dalam 1) bagi kontrak Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan Di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Lot 3G1, Presint 3, Putrajaya Bagi Tahun 2024 Sehingga 2029 telah dianugerahkan kepada Mahligai E&C Sdn. Bhd. dengan kos kontrak berserta Cukai Perkhidmatan sebanyak RM47,455,200.01.

 

Taklimat ringkas berkenaan butiran kontrak juga telah disampaikan oleh Sr. Rosiyawati Binti Mostar daripada Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sesi penyerahan SST dan dokumen kontrak (3 dalam 1) ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Ir. Asha’ari Bin Hj Hassan, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya selaku Pegawai Penguasa Fasiliti (FSO) bagi projek ini.

 

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Surat Perwakilan Kuasa oleh YBrs. Tuan Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada Puan Ir. Zilaila binti Zakaria selaku Jurutera Elektrik Penguasa Kanan di Bahagian Bangunan Kerajaan 2, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Majlis turut dihadiri oleh wakil pelanggan dari Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri iaitu Puan Wan Farah Hanim Binti Wan Muhamad (Ketua Penolong Pengarah), Puan Noor Nadia Binti Mohd Radzi (Penolong Pengarah Kanan) dan Encik Irwan Johari Bin Jaafar (Penolong Pegawai Tadbir Kanan).

 

Di majlis ini Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengucapkan sekalung tahniah kepada kontraktor yang telah berjaya di lantik sebagai kontraktor pengurus fasiliti bagi projek seperti di atas. Beliau meminta agar kontraktor yang berjaya dilantik ini dapat melaksanakan tanggungjawab dan memberikan sepenuh komitmen demi memastikan kejayaan pengurusan fasiliti di BHEUU.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik (BPKS)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-APRIL-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page