top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

KIK 2020 : Tahniah MeRIDA

Tarikh : 30hb Nov 2020 (Isnin)

Telah berlangsung pengumuman pemenang Konvensyen KIK JKR Malaysia tahun 2020 diadakan secara maya menerusi channel youtube pihak CREaTE JKR pada 30hb November 2020.

 

Objektif KIK adalah memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga JKR yang terlibat dalam KIK dalam memupuk dan menyemarakan budaya kreatif dan inovatif, penjanaan lebih banyak idea-idea baharu dalam kalangan warga JKR serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan juga masyarakat. Tema tahun ini "Are You Innovative Enough?" sebanyak 5 Kategori yang dipertandingkan antaranya kategori teknikal, kategori pengurusan, kategori poster terbaik, kategori pembentangan video terbaik dan juga kategori gambar boomerang terbaik serta bonus kategori penyertaan terbanyak. Sebanyak 36 kumpulan yang menyertai Konvensyen KIK JKR Malaysia tahun ini iaitu 25 kumpulan daripada teknikal dan 11 kumpulan lagi daripada pengurusan.

 

Tahniah buat kumpulan MeRIDA dengan hasil inovasi Sistem Pengurusan Operasi Kuarters (SP-OK) telah berjaya memenangi Naib Johan Kategori Pengurusan dan juga turut memenangi Video Boomerang Terbaik Kategori Pengurusan.

 

Semoga inovasi ini terus mendapat pengiktirafan dan usaha kerjasama kumpulan MeRIDA menjadi pemangkin kepada warga kerja JKR khususnya JKR WP Putrajaya untuk menghasilkan lebih banyak inovasi kreatif bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Tahniah diucapkan buat MeRIDA.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 18-MAC-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page