top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Taklimat: Air Products and Systems Clean Filters

Tarikh : 05hb April 2019 (Jumaat)

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) telah mengadakan taklimat produk dengan kerjasama Syarikat AAF International yang berlangsung 5 April 2019, Jumaat di bilik Taklimat Tender Aras 1 Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Seramai 31 orang kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 5 orang kakitangan daripada Syarikat AAF International telah menghadiri taklimat ini.

 

Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan latar belakang Syarikat AAF International dan memberi penerangan produk baru serta produk-produk yang lain yang terdapat di Syarikat AAF International.

Selain itu, pihak AAF International juga turut menunjukkan sampel dan menerangkan tentang produk Air Filter kepada kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya  supaya dapat mengetahui setiap perbezaan dan kegunaan produk yang dibawa lebih terperinci.

 

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya sangat menghargai usaha baik pihak AAF International kerana sudi memberi taklimat yang bermanfaat kepada kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Berita Disediakan Oleh:

Siti Syaffinas Binti Ahmad 

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-MEI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page