Taklimat Pengurusan Fasiliti (FM) bagi Kakitangan QS JKR WP Putrajaya

To play, press and hold the enter key. To stop, release the enter key.

press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom
press to zoom

Tarikh : 12 Julai 2018

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan (QS) telah mengadakan satu program Taklimat Pengurusan Fasiliti (FM) pada 12 Julai 2018 (Khamis) bertempat di Bilik Taklimat Tender, Aras 1 JKR WP Putrajaya. Program taklimat ini berlansung sepanjang hari bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang dimana melibatkan peserta daripada seluruh kakitangan Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan JKR WP Putrajaya seramai 13 orang peserta.

 

Program ini bertujuan sebagai pendedahan berkenaan pengurusan fasiliti FM secara menyeluruh kepada kakitangan Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan (QS) JKR WP Putrajaya. Seramai 7 orang penceramah yang terdiri daripada Pegawai JKR WPP yang berpengalaman menguruskan kontrak penyelenggaraan bangunan kerajaan di Wilayah Persekutuan (PIC dan POF) Putrajaya, Verifier serta penceramah jemputan daripada CPAB ibu pejabat iaitu En.Ir Fadhlin Bin Arshad.

 

Pengisisan program taklimat ini meliputi penerangan mengenai Overview of FM, Scope of FMM Services, Roles and Responsibility Verifier, Understanding of CMSS (e-SPFB), Understanding of Technical Spec and BQ, Retrofit and Refurbishment, Variation Order (VO), Understanding of FMM Technical Specification (ver2018) dan Performance Requirment (ver2018).

 

Para peserta didedahkan dengan perbandingan kandungan kontrak FMMC 2008 dan FMMC 2016 terutama melibatkan pelan pengurusan fasiliti (FMP), skop kerja-kerja penyelenggaraan bagi bangunan kerajaan di Putrajaya, penetapan harga BQ dalam kontrak, pengiraan dan kaedah pemotongan APD serta penetapan Demerit Points.

 

Semoga dengan penerangan dan perincian yang telah disampaikan dapat membantu kakitangan QS dalam pemahaman pengurusan fasiliti khususnya melibatkan bangunan kerajaan di Putrajaya dibawah selenggara JKR WP Putrajaya.

Berita Disediakan Oleh

Unit Pengurusan Strategik dan Intervensi (UPSi)

JKR W.P. Putrajaya.