top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Taklimat Produk Lampu LED Keluaran GE

Tarikh : 19hb Mac 2021 (Jumaat)

 

Bahagian Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) JKR WP Putrajaya telah mengadakan Taklimat Produk dengan kerjasama Syarikat SDA Lighting Sdn Bhd yang berlangsung di Bilik Taklimat Jabatan Aras 3 Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seramai 30 orang staf dan kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menghadiri taklimat ini.

 

Objektif taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan produk lampu Led keluaran GE yang telah berada di pasaran. Model lampu LED ini dapat menjimatkan penggunaan elektrik dan daya ketahanan lampu ini adalah tinggi. Selain itu, model GE ini juga telah dipasang di komplekc C selama 7 tahun.


Sesi pendaftaran peserta telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan para peserta minum pagi sebelum taklimat berlangsung. Taklimat dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Pn. Azawiyah Binti Md Saad, Jurutera Awam Kanan. Pembentangan syarikat telah disampaikan oleh Encik Samsul Bahar Bin Hj. Md. Yusoff selaku Pengarah Urusan dan wakil daripada GE iaitu Ong Pang Wai.

Selain itu, bagi memastikan kakitangan JKR WP Putrajaya memperolehi maklumat tambahan, pihak Syarikat SDA Lighting Sdn Bhd juga turut membawa sampel-sampel bahan produk Lampu LED yang berkaitan untuk dipamerkan dan diberi keterangan tentang produk tersebut dengan lebih jelas.

 

​JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya sangat menghargai usaha baik pihak Syarikat SDA Lighting Sdn Bhd kerana sudi memberi taklimat yang bermanfaat kepada kerja-kerja senggara peralatan sanitary di bangunan kerajaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Berita disediakan oleh:

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-APRIL-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page