Taklimat Naik Taraf Rangkaian Kampus Putrajaya (PCN)

Tarikh : 14 Februari 2018

Pada 14 Februari 2018, telah diadakan satu Taklimat Kerja-Kerja Menaiktaraf Infrastruktur Rangkaian Putrajaya Campus Network (PCN) oleh pihak MAMPU, Jabatan Perdana Menteri bertempat di Dewan Auditorium JPA, Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam. Taklimat dimulai dengan sesi pendaftaran seawal jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh semua PIC dan FM setiap Bangunan yang terlibat.

 

Taklimat diteruskan dengan kata-kata aluan dan perasmian oleh Yang Berusaha Timbalan Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ir. Syed Jaafar Idid Bin Syed Abdyllah Idid. Tuan Timbalan Pengarah dalam ucapannya meminta agar pihak JKR dan Kontraktor FM setiap bangunan yang terlibat untuk memberikan kerjasama penuh dalam projek ini kerana ianya merupakan keutamaan pihak Pengurusan Atasan dan perlu disiapkan dalam masa tempoh masa enam bulan.

 

Sesi seterusnya ialah Pengenalan mengenai PCN yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah BPGICT MAMPU, Pn. Siti Zaleha bt Yusof. Beliau dalam ucapannya menerangkan bahawa antara tujuan PCN dinaiktaraf adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan rangkaian sedia ada terutama untuk rangkaian tanpa wayar (wireless) selain untuk menampung pertambahan keperluan kerana terdapat bangunan baru di Putrajaya seperti bangunan SPRM.

 

Sesi diteruskan lagi dengan  pembentangan daripada wakil GITN Sdn Bhd iaitu kontraktor yang akan melaksanakan kerja-kerja naik taraf ini. Antara perkara yang dibentangkan ialah latarbelakang PCN dimana ianya merupakan sebuah rangkaian kampus yang besar di mana bilangan penggunanya melebihi 51,000 orang yang terdiri dari 95 agensi Kerajaan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Semua bangunan yang diduduki oleh agensi-agensi Kerajaan di Presint 1 (Kompleks A, B, C, D dan E), Presint 2, Presint 3, Presint 4, Presint 5 dan Cyberjaya dihubungkan kepada dua (2) gerbang laluan PCN di Putrajaya menerusi talian-talian fiber optic yang berfungsi sebagai infrastruktur tulang belakang PCN. Ini bagi membolehkan semua pengguna PCN dapat menikmati kemudahan capaian ke internet dan berkomunikasi secara elektronik.

 

Perkhidmatan utama PCN ialah menyediakan, mengoperasi, mengurus, melaksana dan memantau operasi harian rangkaian secara 24 jam 7 hari seminggu bagi perkhidmatan capaian internet PCN  dan perkhidmatan penyelenggaraan rangkaian kampus meliputi floor switches, data center switches, building switches, parcel switches sehingga gateway switches. Pihak GITN dalam pembentangan turut menerangkan lebih lanjut mengenai objektif, skop dan cadangan pengkabelan di bangunan-bangunan yang terlibat di sekitar Putrajaya.

 

Acara seterusnya ialah taklimat mengenai Sistem e-SPFB dan BCIS yang disampaikan oleh Encik Mohd Hasyimi bin Abdullah dan Encik Mohd Nur Akman Bin Mohd Hanafiah mewakil Yang Berusaha Timbalan Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya. Majlis berakhir pada jam 12.15 tengahari.

 

Disediakan oleh :

Bahagian Senggara Zon 3 dan Kejuruteraan Elektrik, JKRWPP.

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas. 
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 06-Dis-2019

  bilangan pelawat  

email aduan kuarters: aduanjkrwppj@gmail.com | email aduan JKR: aduan.jkr@1govuc.gov.myemail admin laman portal: jkrwpp@gmail.com

+603-8885 6800

  J-CoP  

  eSPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

  SAKU  

SPSB.jpg

  SPSB