Taklimat Pengurusan Rekod Dan Fail JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tarikh : 04 Julai 2018

Satu taklimat berkenaan dengan Pengurusan Rekod dan Fail telah diadakan di Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKR WPP) yang berlangsung selama dua (2) hari iaitu pada 3hb Julai hingga 4hb Julai 2018 bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang bertempat di Bilik Taklimat Tender, Aras 1, JKR WPP. Sesi taklimat ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Habbali Bin Ibrahim, Pengarah JKR WPP yang turut hadir untuk mendengar sesi taklimat disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Arkib Negara Malaysia iaitu Encik Nazri Bin Baharudin dan Puan Saidatul Nor Rafizah Binti Wan Teh. Seramai 40 orang peserta terdiri daripada warga JKR WP Putrajaya merangkumi gred N11 hingga J54 telah menghadiri sesi taklimat tersebut.

 

Penganjuran sesi taklimat selama dua (2) hari tersebut oleh Bahagian Pengurusan Korporat JKR WPP adalah bertujuan untuk menyelaras dan menambahbaik sistem pengurusan fail yang sedang digunapakai oleh Jabatan supaya mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Selain itu, taklimat ini juga diadakan supaya dapat memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan dengan peraturan dan prosedur yang perlu dijalankan dalam setiap peringkat pengurusan rekod daripada pewujudan sehinggalah kepada pelupusan setiap fail Kerajaan.

 

Para peserta telah diberi penerangan dan sesi tunjuk ajar secara hands on berkenaan dengan Pengenalan kepada Pengurusan Rekod Kerajaan, Perundangan dan Peraturan dalam Pengurusan Rekod Jabatan, Klasifikasi Fail, Pewujudan, Penawanan dan Penutupan Fail, Penggunaan dan Penyelenggaraan Rekod serta Pelupusan Rekod Awam. Penerangan yang disampaikan adalah berpandukan kepada prosedur dan peraturan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 serta Panduan Pengurusan Rekod Sektor Awam yang telah dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.

 

Taklimat tersebut secara keseluruhannya membantu semua peserta yang mana terdiri daripada kakitangan yang terlibat dalam pengurusan fail dan rekod termasuk dokumen terperingkat (terhad, rahsia dan rahsia besar) di Bahagian masing-masing untuk mempelajari kaedah pengurusan dokumen serta rekod serta fail Jabatan dengan lebih efisien selaras dengan prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

 

Dengan pengurusan rekod yang cekap dapat mengelakkan berlakunya keciciran atau kehilangan dokumen atau fail serta menjaga keselamatan rekod serta ketirisan maklumat. Di samping itu, ia juga dapat memastikan semua rekod terutamanya surat-menyurat tersusun rapi serta mudah diakses sekiranya diperlukan.

 

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Korporat

JKR W.P Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas. 
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 06-Dis-2019

  bilangan pelawat  

email aduan kuarters: aduanjkrwppj@gmail.com | email aduan JKR: aduan.jkr@1govuc.gov.myemail admin laman portal: jkrwpp@gmail.com

+603-8885 6800

  J-CoP  

  eSPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

  SAKU  

SPSB.jpg

  SPSB