top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Taklimat Produk : Energy Saving Air Moving Equipments

Tarikh : 25hb Mac 2022 (Jumaat)

 

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi), BPKS mengadakan taklimat Produk dengan kerjasama Eco Breeze Technologies (M) Sdn. Bhd. yang telah berlangsung pada 25 Mac 2022, bertempat di Bilik Taklimat Aras 3 Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seramai 40 kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya termasuk kakitangan kontraktor pengurusan fasiliti menghadiri taklimat ini.

Tujuan utama taklimat ini adalah untuk berkongsi ilmu berkaitan teknologi kipas terkini, informasi teknikal dan kaedah yang terbaik dalam pemasangan serta penyelenggaraan kipas. Antara produk yang diperkenalkan AC Ceiling Fan, DC Ceiling Fan, Air Circulator with ionizer dan HVLS Fan dimana produk ini telah mendapat kelulusan JKR Material List (JMAL) dan pengiktirafan Suruhanjaya Tenaga sebagi produk jimat tenaga.

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya sangat menghargai usaha baik pihak syarikat Eco Breeze Technologies (M) Sdn. Bhd. kerana sudi memberi taklimat yang bermanfaat kepada para peserta yang hadir.

Berita disediakan oleh:

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 15-FEBRUARI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page