top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Taklimat Produk Indoor Air Quality ( IAQ )

Tarikh : 23 Februari 2018

Satu taklimat produk bertajuk Indoor Air Quality (IAQ) telah diadakan dan disampaikan oleh pihak Harta Maintenence Sdn Bhd. bertempat di Bilik Taklimat Tender Aras 1 Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya. ​Sesi pendaftaran peserta telah bermula seawal jam 9.30 pagi dan seramai 50 orang staf dan kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah hadir

 

Taklimat ini adalah bertujuan bagi memberi penerangan berkenaan hubung kait kualiti udara dalaman terutamanya ruang kerja serta persekitaran pejabat terhadap manusia. Disamping itu juga, penerangan berhubung peraturan-peraturan berkaitan yang berkuatkuasa dan kaedah piawai bagi membuat kajian atau study berhubung perkaitan AIQ juga turut disampaikan dengan bantuan alatan asas seperti Velocalc meter bagi mengukur kadar aliran udara dan Thermometer & Humidity Data Logger bagi membaca bacaan suhu dan tahap kelembapan ruang.

 

​JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya sangat menghargai usaha baik pihak Harta Maintenance Sdn Bhd kerana sudi memberi taklimat yang bermanfaat kepada bangunan kerajaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Berita disediakan oleh:


Bahagian Unik Pengurusan Strategik & Intervensi
JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 15-FEBRUARI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page