

Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya

Taklimat Produk Penyenggaraan Lif


















Tarikh : 11hb Mac 2022 (Jumaat)
Bahagian Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) JKR WP Putrajaya telah mengadakan Taklimat Produk dengan kerjasama Syarikat DN Elevator (M) Sdn Bhd yang berlangsung di Bilik Taklimat Aras 3 Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya.
​
Objektif taklimat ini adalah untuk memberi penerangan dan memperkenalkan teknologi serta produk-produk lif terkini melibatkan modernization, new installation, and maintenance elevator.
​
Selain itu, bagi memastikan kakitangan JKR WP Putrajaya memperolehi maklumat tambahan, pihak Syarikat DN Elevator (M) Sdn Bhd juga turut membekalkan risalah bahan produk serta beberapa tips dalam penyelenggaraan lif.​ JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya sangat menghargai usaha baik pihak Syarikat DN Elevator (M) Sdn Bhd kerana sudi memberi taklimat yang bermanfaat ke[ada kakitangan JKR WP Putrajaya.
​
Berita disediakan oleh:
​
Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)
JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya




