Taklimat Produk: RIGEL "Smart Sanitary Solutions"

Tarikh : 19hb Julai 2019 (Jumaat)

Bahagian Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) JKR WP Putrajaya telah mengadakan Taklimat Produk dengan kerjasama Syarikat Rigel Technology (M) Sdn Bhd yang berlangsung di Bilik Taklimat Tender Aras 1 Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seramai 40 orang staf dan kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menghadiri taklimat ini.

 

​Objektif taklimat ini adalah untuk memberi penerangan dan memperkenalkan teknologi serta produk-produk kebersihan (sanitary) terkini antaranya adalah whirlwash intelligent water closet, glass sense ripple flush valve, pebble series water closet, sense auto concealed cister serta teknologi sanitary seperti Electronic Bidet, Revo Clean Urinal, Bubble Effect Faucets Technology, Centralized Foam Soap Dispensing, ZeroRim Technology, Invisible Sensor Technology, Rinano Technology, WhirlWash Technology dan Smartfix Remote Control.

Sesi pendaftaran peserta telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan para peserta minum pagi sebelum taklimat berlangsung. Taklimat dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Pn. Azawiyah Binti Md Saad, Jurutera Awam Kanan. Pembentangan syarikat telah disampaikan oleh Encik Calvin Kan selaku Senior Sales Manager.

Selain itu, bagi memastikan kakitangan JKR WP Putrajaya memperolehi maklumat tambahan, pihak Syarikat Rigel Technology (M) Sdn Bhd juga turut membawa sampel-sampel bahan produk kerbesihan (sanitary) berkaitan untuk dipamerkan serta beberapa tips dalam penyelenggaraan produk sanitary.

 

​JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya sangat menghargai usaha baik pihak Syarikat Rigel Technology (M) Sdn
Bhd kerana sudi memberi taklimat yang bermanfaat kepada kerja-kerja senggara peralatan sanitary di bangunan kerajaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Berita Disediakan Oleh:

Nuratikah Binti Samsudin

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas. 
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 06-Dis-2019

  bilangan pelawat  

email aduan kuarters: aduanjkrwppj@gmail.com | email aduan JKR: aduan.jkr@1govuc.gov.myemail admin laman portal: jkrwpp@gmail.com

+603-8885 6800

  J-CoP  

  eSPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

  SAKU  

SPSB.jpg

  SPSB