top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

  SAKU  

SPSB.jpg

  SPSB   

Taklimat Berhubung SAP JKR WPP BIL.1/2019 Bagi Penetapan Penggunaan ‘Compact Disc’ (CD) Bagi Dokumen Sebut Harga Di Dalam Perolehan Kerja

Tarikh : 18hb Julai 2019 (Khamis)

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan (BKUB) sekali lagi telah berjaya menganjurkan satu taklimat berhubung SAP JKR WPP BIL.1/2019 BAGI PENETAPAN PENGGUNAAN ‘COMPACT DISC’ (CD) BAGI DOKUMEN SEBUT HARGA DI DALAM PEROLEHAN KERJA.

Taklimat yang telah diadakan adalah diwajibkan kepada semua warga JKR WPP khususnya yang terlibat secara langsung dalam perolehan kerja secara sebut harga. Taklimat ini juga telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Pengarah JKR WP Putrajaya.

Tujuan taklimat ini adalah bagi menjelaskan lagi kandungan SA Pengarah JKR WP Putrajaya ke atas pembaharuan kaedah dokumentasi sebut harga. Dalam era perubahan digital kini, adalah wajar kaedah penyediaan dokumen secara ‘hardcopy’ ditambahbaik dan diselaraskan ke arah ‘Teknologi Hijau’. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Shahriman Bin Abd. Latef (Juruukur Bahan).

Dengan berkuatkuasanya Surat Arahan Pengarah ini, maka semua perolehan Sebut Harga diwajibkan menggunakan ‘CD’, tiada lagi dokumen sebut harga secara ‘hardcopy’ diberikan kepada pihak syarikat yang menyertai tawaran sebut harga. Pihak syarikat masih boleh merujuk Dokumen Meja Tawaran yang dipamerkan di Kaunter Sebut Harga, Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan.

Langkah ini dilihat memberikan penjimatan ke atas penggunaan kertas, penggunaan mesin cetak dan seterusnya mengurangkan kesilapan yang berulang dalam proses penyediaan dokumen. Malah penggunaan ‘CD Re-writable’ dilihat dapat mewujudkan proses kitar semula terhadap CD yang telah digunakan bagi perolehan yang terdahulu.  BKUB juga berharap usaha ini dapat menjadi pemangkin dalam usaha program Kitar Semula dan “Putrajaya Bandar Hijau’.

 

“Inovasi Pemangkin Budaya Kerja Masa Hadapan.”

 

 

Berita Disediakan Oleh:

Mohd Shahriman Bin Abd. Latef

Wakil Buletin Web BKUB

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 24-JUL-2024

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page