top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Taklimat "Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB)" Bagi Kakitangan Kuarters

Tarikh : 08hb Julai 2019 (Isnin)

Satu taklimat berkenaan "Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB)" telah diadakan di JKR WP Putrajaya fokus untuk kakitangan Bahagian Senggara Kuarters disampaikan oleh En. Abdul Nizam Bin Abdullah Sani dari CPAB JKR WP Putrajaya. Objektif program taklimat ini adalah bagi tujuan memperkasakan lagi kefahaman pengunaan borang-borang SPB dan PATA terutamanya yang berkaitan dengan operasi Senggara Kuarters.

 

Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ketua Bahagaian Senggara Kuarters, Ir. Masri Bin Baharuddin. Dalam ucapan aluan beliau telah meminta kesemua kakitangan Senggara Kuarters mengambil serius berkenaan keperluan menguna pakai borang-borang SPB terkini khusus dalam proses kerja Senggara Kuarters dan format yang perlu bagi penambahbaikan sistem aduan kuarters (SAKU).

Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Nizam Bin Abdullah Sani, Juruukur Bangunan dari CPAB JKR WP Putrajaya selaku  penceramah, tidak lupa juga terima kasih buat para peserta dan semua pihak yang terlibat sepanjang penganjuran taklimat ini berlansung. Semoga semua peserta yang terlibat dengan taklimat ini mendapat manfaat serta ilmu yang berguna untuk digunakan di masa hadapan nanti.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Senggara Kuarters

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-MEI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page