top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Taklimat Produk: Waterproofing & Metal Deck Roofing System

Tarikh : 11hb Okt 2019 (Jumaat)

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) telah mengadakan Taklimat Produk dengan kerjasama Syarikat Vision 37 Sdn Bhd yang telah berlangsung pada 11 Oktober 2019, Jumaat di Bilik Taklimat Tender Aras 1 Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seramai 43 orang kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menghadiri taklimat ini.

Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberi ilmu berkaitan bahan-bahan binaan dan kaedah yang terbaik dalam menyenggara bangunan yang melibatkan waterproofing dan bumbung logam setusnya taklimat ini juga dapat membantu meningkatkan kualiti penyenggaraan di bangunan Kerajaan khususnya di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Taklimat ini bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari dan telah disampaikan oleh En. Simon Poh dan Florence Yong wakil syarikat Version 37 Sdn.Bhd. Antara kandungan taklimat yang diberikan berkenaan teknologi-teknologi terkini waterproofing seperti Seal Bond Polymer Waterproofing, Bentonite Geotextile Waterproofing dan Tritoflex liquid rubber membrane, manakala berkenaan bumbung logam pula teknologi bahan serta pemasang daripada Duro Metal Industri seperti Ecoklip 760, Duromax, Duroseam, Durodek dan SLT600.

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya sangat menghargai usaha baik pihak Version 37 Sdn.Bhd kerana sudi memberi perkongsian ilmu bermanfaat kepada kakitangan Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Berita Disediakan Oleh

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-APRIL-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page