top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Tangani Stress Pemangkin Integriti Kerja

Tarikh : 03 Ogos 2018 (Jumaat)

3 Ogos 2018 bersamaan Hari Jumaat, Bahagian Senggara Zon 2 telah menganjurkan Ceramah Integriti JKR WP Putrajaya yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, JKR WP Putrajaya Aras 3. Program bermula seawal jam 8.45 pagi bagi sesi pendaftaran para peserta. Minum pagi turut disediakan kepada para peserta sebelum ceramah bermula. Program bermula pada jam 9.15 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis dan diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Mohd Athir Bin Kamaruddin daripada Bahagian Senggara Zon 2.

 

Program diteruskan dengan sesi ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustazah Nazirah Binti Abu Bakar, Pegawai Hal Ehwal Islam daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ustazah Nazirah memberikan penjelasan tentang jenis-jenis tekanan atau stress secara am kepada peserta. Stress yang tidak terkawal boleh mengakibatkan gangguan emosi dan kualiti kerja di pejabat terutamanya. Penceramah menasihatkan agar menjaga hubungan baik dengan Tuhan, ibu bapa & keluarga, rakan sekerja dan masyarakat sekeliling bagi mengawal stress supaya tidak bersendirian. Mengamalkan amalan yang tidak bercanggah dengan ajaran agama turut menjadikan penguat kepada gangguan emosi yang mendorong kepada tekanan. Individu perlu bijak mengadaptasi sesuatu tekanan yang dialami supaya tidak menjadi eustress (stress yang negatif). Ceramah ditamatkan pada jam 11.15 pagi dan sesi soal jawab dibuka kepada peserta.

 

Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan disampaikan oleh Ir. Syed Jaafar Idid Bin Syed Abdyllah Idid, Timbalan Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Senggara Zon 2

JKR W.P. Putrajaya.

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-APRIL-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page