Majlis Penyerahan & Perasmian Taska Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Tarikh : 07hb Jan 2020 (Selasa)

Majlis Penyerahan & Perasmian Taska bagi Projek Kerja-Kerja Pengubahsuaian Ruang Taska Aras 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Presint 4, Putrajaya kepada   Kementerian   Pembangunan  Luar  Bandar  ini  telah  diadakan  pada 7hb Januari 2020  dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia  Dato’ Ir. Haji Habbali  Bin  Ibrahim,  Pengarah  JKR  WPP,  kepada  Yang  Berbahagia   Dato’ Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamed Yunus, Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Binti Harun.

 

Majlis ini  turut  dihadiri  oleh  Pasukan  Projek,  Bahagian Pengurusan Projek JKR WPP, selaku HOPT, Pn. Hanifah Binti Abdullah, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Ir. Azlan Bin Mohd Anwar, Jurutera Eletrik Penguasa. Turut hadir sama wakil dari Pasukan Projek JKR WPP selaku HODT Bahagian Arkitek Pn. Nazliah Binti Salleh, Arkitek Penguasa Kanan dan Bahagian Ukur Bahan, serta wakil kontraktor  KATHS  ENGINEERING & CONSTRUCTION, En. Ishak Bin Saad, Penolong Pengurus Projek. 

 

Projek ini telah selesai perlaksanaanya pada 17 Oktober 2019 dimana ia telah menepati tempoh perlaksanaan asal selama 16 minggu bermula dari tarikh milik tapak pada 1 Julai 2019. Selain itu, skop kerja yang terlibat dalam perlaksanaan projek ini merangkumi kerja-kerja Pembinaan ruang taska, menaik taraf tandas, mengecat dan kerja-kerja pendawaian elektrik serta mekanikal. Tempoh DLP untuk projek ini adalah selama enam bulan selepas projek ini disiapkan.

 

Dengan itu, pihak JKR WPP ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kontraktor KATHS ENGINEERING & CONSTRUCTION, kerana berjaya melaksanakan projek ini dengan sempurna dalam tempoh yang telah ditetapkkan. Pihak JKR juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KPLB kerana memberi kepercayaan sepenuhnya di atas kebolehan pihak JKR dalam melaksanakan projek ini.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas. 
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 20-Jan-2020

  bilangan pelawat  

email aduan kuarters: aduanjkrwppj@gmail.com | email aduan JKR: aduan.jkr@1govuc.gov.myemail admin laman portal: jkrwpp@gmail.com

+603-8885 6800

  J-CoP  

  eSPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

  SAKU  

SPSB.jpg

  SPSB