top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Taklimat Produk: Teknologi Bateri Nickel Cadmium Untuk Generator Set

Tarikh : 12hb Disember 2018 (Rabu)

Bahagian Senggara Zon 1 telah mengadakan Taklimat Produk dengan kerjasama Chang Hong Battery Asia Pacific Sdn. Bhd yang berlangsung pada 12 Disember 2018, bertempat di Bilik Taklimat Tender Aras 1 Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seramai 50 orang staf kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya serta kakitangan pengurusan fasiliti telah menghadiri taklimat ini.

 

Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberi ilmu berkaitan teknologi bateri Nickel Cadmium dan kaedah yang terbaik dalam menyelenggara bateri untuk generator bangunan kepada semua staf dan kakitangan di JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ini dapat membantu bagi meningkatkan kualiti penyenggaraan di bangunan kerajaan khususnya di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Para peserta didedahkan dengan teknologi produk-produk terbaru bateri dan pengecas bateri daripada Chang Hong Battery Asia Pacific Sdn. Bhd antaranya adalah Gas recombination type Nickel-Cadmium cell, lithium-ion battery, nickel cadmium battery, Pocket type Nickel Cadmium cell dan Solar Nickel Iron battery.

​Pembentangan syarikat sebagai pengenalan telah disampaikan oleh Cik Farah binti Awatif selaku wakil Chang Hong Battery Asia Pacific Sdn. Bhd. Taklimat diteruskan dengan penerangan tentang sistem dan teknologi bateri Nickel Cadmium yang telah disampaikan oleh Mr Samuel Tiong.  Selain itu, bagi memastikan
staf dan kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya memperolehi maklumat tambahan, pihak Chang Hong Battery Asia Pacific Sdn Bhd juga turut membawa sampel-sampel yang berkaitan dipamerkan dalam bilik taklimat. Para peserta juga diberikan latihan asas berkaitan pengunaan model bateri Nickel Cadmium dan pengecas bateri keluaran syarikat.

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya sangat menghargai usaha baik pihak Chang Hong Battery Asia Pacific Sdn Bhd kerana sudi memberi taklimat yang bermanfaat kepada para peserta yang hadir.

 

Berita Disediakan Oleh

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-APRIL-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page