top of page
MAJLIS PENYERAHAN CADANGAN UBAHSUAI RUANG KERJA BAHAGIAN DAKWAH, JAKIM

Tarikh : 16hb Jun 2023 (Jumaat)

 

Majlis Penyerahan CADANGAN UBAHSUAI RUANG KERJA BAHAGIAN DAKWAH, JAKIM, ARAS 8, BLOK B, PRESINT 3, PUTRAJAYA pada 16hb Jun 2023 pukul 03:00 Petang di Ruang Kerja Aras 8, Blok B, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Putrajaya.
 
Projek pengubahsuaian ruang pejabat JAKIM yang baru ini telah dimulakan pada 25hb Januari 2023 dengan kos kontrak sebanyak RM 448,946.00 (RINGGIT MALAYSIA Empat Ratus Empat Puluh Lapan Ribu Sembilan Ratus Empat Puluh Enam)
 
Projek ini melibatkan pengubahsuaian keluasan lantai sebanyak 572 meter persegi (m²). Ruang pejabat ini juga telah direka bentuk bagi menempatkan ruang-ruang yang lain seperti:
Bilik Pegawai, Ruang Menunggu, Bilik Perbincangan, Bilik Utiliti, Bilik Mesin dan  lain - lain ruang sokongan merangkumi skop kerja seperti pemasangan drywall, glass panel, raised floor, signages, frosted sticker, workstations, roller blind , pintu, kerja mengecat, kerja - kerja mekanikal, kerja - kerja elektrikal dan kerja – kerja berkaitan.
 
Perjalanan masa yang panjang dengan pelbagai halangan dan cabaran, telah berjaya dilalui oleh semua yang terlibat, sehingga ianya berjaya disiapkan pada 16hb Mei 2023. Kitaran projek pengubahsuaian ini sekarang berada di peringkat tempoh tanggungan pembaikan kecacatan ‘Defect Liability Period’ (DLP) selama enam (6) bulan iaitu sehingga 15hb November 2023. 
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya, pihak kontraktor (G Renovation Supply & Enterprise) dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Akhir sekali, JKR selaku Agensi Pelaksana ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan semua pihak yang terlibat di atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Diharap kerjasama erat ini akan terus dikekalkan bagi   projek - projek yang sedang dirancang dan bakal dilaksanakan pada masa akan datang. Terima Kasih.

Berita Disediakan Oleh:

​Ahmad Rizal Bin Ahmmad Salleh

Jurutera Awam

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page