Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Ubahsuai Ruang Pejabat Di Bahagian Khidmat Perunding Dan Bahagian Pengurusan Audit Dalam, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Di Aras 5 Dan 6, Perbendaharaan 2, Putrajaya.

Tarikh : 16hb Dis 2019 (Isnin)

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Ubahsuai Ruang Pejabat Di Bahagian Khidmat Perunding Dan Bahagian Pengurusan Audit Dalam, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Di Aras 5 Dan 6, Perbendaharaan 2, Putrajaya pada 16hb Disember 2019 (Isnin) di Bahagian Pengurusan Audit Dalam, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (BPAD, JANM). Majlis dihadiri oleh Yang Berbahagia. Pengarah JKR  WP Putrajaya, Dato’ Ir. Hj. Habbali Bin Ibrahim dan Yang Berbahagia. Pengarah BPAD JANM, Pn. Hamidah Bin Noh dan Yang Berusaha, Timbalan-Timbalan BPAD JANM. Majlis mula berlansung pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

 

Majlis Penyerahan ini telah dimulakan dengan bacaan doa kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berbahagia, Pengarah JKR WP Putrajaya. Beliau telah mengucapkan tahniah dan terima kasih  kepada semua warga kerja JKR WP Putrajaya, pihak BPAD JANM, pihak kontraktor RZK Services dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

 

Beliau memaklumkan projek ini melibatkan pembinaan 7 Bilik Pegawai di Aras 6 dan 1 Bilik Mesyuarat di Aras 5 telah berjaya disiapkan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan iaitu bermula dari 21hb Oktober 2019 dan siap pada 13hb Diember 2019 di mana tarikh siap asal adalah pada 16hb Disember 2019 dan tempoh Deffect Liability Period (DLP) adalah selama 6 bulan. Menurut beliau, pelbagai cabaran telah ditempuhi dalam menyiapkan projek ini dan akhirnya berjaya disiapkan dengan kerjasama yang diberi oleh semua pihak.  

 

Majlis juga diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berbahagia, Pengarah BPAD JANM, Pn. Hamidah Bin Noh. Beliau telah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak JKR WP Putrajaya, pihak kontraktor RZK Services, pihak BPAD JANM dan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Menurut beliau, kejayaan projek ini amat bermakna buat beliau dan pihak BPAD JANM dan semoga kerjasama ini dapat terus dikekalkan.   

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan tandatangan Perakuan Serahan Kerja Siap dan juga penyerahan kunci oleh pihak RZK Services kepada Pengarah JKR WP Putrajaya dan seterusnya penyerahan kunci kepada Pengarah BPAD JANM.

 

Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan sesi bergambar antara pihak JKR WP Putrajaya, pihak BPAD JANM, pihak kontraktor RZK Services dan juga pihak-pihak yang bersama-sama menjayakan projek ini.

 

Berita Disediakan Oleh

Bahagian Pengurusan Projek (BPP)

JKR WP Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas. 
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-SEP-2020

  bilangan pelawat  

email aduan kuarters: aduanjkrwppj@gmail.com | email aduan JKR: aduan.jkr@1govuc.gov.myemail admin laman portal: jkrwpp@gmail.com

  J-CoP  

  eSPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

  SAKU  

SPSB.jpg

  SPSB