Program Ukhuwah Bersama Anak Yatim Darul Izzah

Tarikh : 6hb Ogos 2019 (Selasa)

Pada 3hb – 4hb Ogos 2019, Kelab Sukan Sosial Dan Kebajikan JKR WP Putrajaya dibawah Biro Kebajikan yang diketuai oleh En. Ir. Masri Bin Baharuddin bersama pihak pengurusan Rumah Anak Yatim Darul Izzah telah mengadakan Program Ukhuwah warga kerja JKR WP Putrajaya bersama anak yatim Darul Izzah bertempat di Pusat Rekreasi dan Kem Motivasi, Dusun Akin Resort, Hulu Langat, Selangor.

 

Program ini adalah bertujuan memberi pendedahan dunia luar serta meningkatkan semangat jati diri, kerjasama dan motivasi di kalangan anak-anak yatim selain itu juga ia dapat mengeratkan hubungan sosial positif warga kerja JKR WP Putrajaya antara anak-anak yatim dan pihak pengurusan Rumah Anak Yatim Darul Izzah.

 

Program ini telah berlangsung selama 2 hari yang merangkumi pelbagai aktiviti fizikal dan rohani, dengan bermulanya sesi pendaftaran perserta dan taklimat program, diikuti dengan acara sukaneka sebelah petang yang melibatkan aktiviti di darat dan air. Pada sebelah malam pula selepas solat Maghrib diadakan majlis Tahlil, kemudian setelah selesai solat Isyak sesi makan malam BBQ serta persembahan bakat dan kreatif daripada anak-anak yatim manakala bermula seawal pagi keesokanya jam 4.30 pagi diadakan pula majlis Qiamullai sehingga solat Subuh berjemaah.

 

Selesai sarapan pagi pada hari ke-2, aktiviti senaman dan jogging merentasi sekitar kawasan Dusun Akin Resort. Program berakhir dengan makan tengah hari dan bersurai jam 12.00 tengah hari.

 

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Senggara Kuarters

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas. 
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 06-Dis-2019

  bilangan pelawat  

email aduan kuarters: aduanjkrwppj@gmail.com | email aduan JKR: aduan.jkr@1govuc.gov.myemail admin laman portal: jkrwpp@gmail.com

+603-8885 6800

  J-CoP  

  eSPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

  SAKU  

SPSB.jpg

  SPSB