top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Taklimat : "Uninterruptible Power Supply"

Tarikh : 25 Januari 2018

Pada 25 januari 2018 ,Bahagian Senggara zon 1 telah menganjurkan satu taklimat mengenai "Sistem UPS (Uninterruptible Power Supply)" yang telah berlangsung di Bilik Taklimat Tender Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuaan Putrajaya dipengerusi oleh En Mohd Hasyimi bin Abdullah dari Bahagian Elektrik Zon 1 dan Timbalan Pengarah,Ir.Syed Jaafar Idid juga turut serta dalam menghadiri taklimat ini.

 

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya  telah menjemput Syarikat SELESA Technology Shd.Bhd untuk memberikan taklimat tersebut. Objecktif taklimat Sistem UPS diadakan untuk menerangkan setiap fungsi komponen UPS dan melatih kakitangan penyelenggaraan dalam operasi dan penyelenggaraan dengan cara yang selamat dan cekap.

 

Antara Produk yang diperkenalkan ialah UPS jenama Reillo multi power MPW (multi unit) dimana ia adalah model yang terkini. Antara  kelebihan model ini adalah jenis modular yang membolehkan kapasiti kuasa di tambah mengikut keperluan bagi membekalkan kuasa ketika berlaku gangguan bekalan kuasa sebelum penjana tunggu sedia mula beroperasi.


Taklimat diteruskan dengan sesi latihan hands'on penggunaan UPS di bilik UPS Block C1. Taklimat ini diakhiri dengan sesi soal jawab antara para peserta taklimat dan pihak SELESA Technology Sdn Bhd. JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya berterima kasih atas kesudian pihak Syarikat SELESA Technology Sdn Bhd dengan memberi taklimat serta penerangan yang sangat bermanfaat kepada seluruh warga kerja JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

- Berita disediakan oleh: Bahagaian Selenggara Zon 1

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 19-MEI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page