top of page
Usrah Nurani: " Ramadhan Tetamu Istimewa, Bagaimana Sikap Kita ? "

Tarikh : 8hb April 2022 (Jumaat)

 

Pada hari Jumaat 8 April 2022 bersamaan 6 Ramadhan 1443H, telah berlangsung Program Usrah Nurani bertajuk "Ramadhan Tetamu Istimewa, Bagaimana Sikap Kita?" anjuran oleh Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik (BPKS) JKR WP Putrajaya. Program ini dimulai dengan sesi pendaftaran pada jam 8.20 pagi bertempat di Bilik Taklimat Jabatan Aras 3.

Majlis perkongsian ilmu ini disampaikan oleh Ustaz Tajul Ariffin Che Zakaria beliau merupakan Perunding tarbiah dan modal insan di Pertubuhan Ikram Malaysia. Seramai 80 peserta yang menghadiri majlis ini. Antara isi kandungan yang disampaikan adalah berkenaan kelebihan bulan Ramadhan, perkara-perkara yang boleh kurangkan pahala semasa berpuasa, dan amalan-amalan utama pada bulan Ramadhan. Majlis ini diakhiri dengan sumbangan cenderahati kepada penceramah sebagai tanda terima kasih kerana sudi menerima jemputan daripada pihak JKR WP Putrajaya. Terima kasih tidak terhingga juga kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat sepanjang program Usrah Nurani ini.

Semoga apa yang disampaikan dapat kita amalkan dengan penuh istiqamah agar mendapat keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Berita Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik (BPKS)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

bottom of page