top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Usrah Nurani Ramadhan 1442H

Tarikh : 16hb April 2021 (Jumaat)

 

Pada hari Jumaat 16 April 2021 bersamaan 4 Ramadhan 1442H, telah berlangsung satu program Usrah Nurani yang dianjurkan oleh Bahagian Residensi Bangunan Kerajaan(BRBK) JKR WP Putrajaya. Program ini dimulai dengan sesi pendaftaran pada jam 8.00 pagi yang bertempat di Bilik Persidangan Ziyad Ibn Abih.

Majlis perkongsian ilmu ini disampaikan oleh YBhg Kepten Maritim Ustaz Hj Nik Kamaruddin Hj Yunoh daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Dalam Negeri. Terdapat 50 peserta yang menghadiri majlis ini. Antara isi kandungan yang disampaikan adalah tentang kelebihan bulan Ramadhan, perkara-perkara yang boleh kurangkan pahala semasa berpuasa, dan amalan-amalan utama pada bulan Ramadhan. Majlis ini diakhiri dengan sumbangan cenderahati kepada penceramah sebagai tanda terima kasih kerana sudi menerima jemputan daripada pihak JKR WP Putrajaya. Terima kasih tidak terhingga juga kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat sepanjang program Usrah Nurani ini.

 

Semoga apa yang disampaikan oleh penceramah dapat kita amalkan dengan penuh istiqamah  agar mendapat keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini.

 

Berita disediakan oleh:

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi)

JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 15-FEBRUARI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page