top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Bengkel Penyediaan Paten Bagi Pelan Strategik JKR WP Putrajaya Tema Ke-5

Tarikh : 25 November 2017

Bengkel Penyedian Paten Bagi Pelan Starategik JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya Tema Ke-5 telah diadakan di Cameron Highland selama 3 hari bermula pada 23hb hingga 25hb November 2017.

Seramai 30 orang kakitangan JKR WPP terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Taklimat berkaitan penyediaan paten ini disampaikan oleh penceramah luar yang berpengalaman luas iaitu dari Syarikat IPVOLUSI Sdn. Bhd.

Para peserta didedahkan dengan maklumat-maklumat penting dalam penyediaan paten melalui sesi taklimat, simulasi dan hands on bagi mencapai objektif bengkel ini iaitu dalam memberi pendedahan serta ilmu pengetahuan kepada pegawai JKR WPP mengenai aspek pemeliharaan hak eksklusif jabatan dan seterusnya memahami akta berkaitan.

Bengkel yang telah dijalankan ini telah memeberi penjelasan yang khusus dalam khidmat nasihat teknikal, serta prosuder perundangan berkenaan pendaftaraan dan perlindungan hak eksklusif jabatan. Malah melalui sesi hand on berkumpulan, peserta dapat menyediakan laporan paten yang sistematik dan seterusnya membina semangat cintakan hasil ciptaan dan hak eksklusif jabatan dalam memelihara keasliannya dari ancaman pihak luar.

Program yang dianjurkan ini juga selaras dengan pelan strategik yang telah dibangunkan dan dalam usaha mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) JKR Wilayah Persekutuan Putrajayadalam mendaftar 1 (satu) produk inovasi jabatan dalam tempoh masa setahun.

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 15-FEBRUARI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page