top of page
ARKIB BERITA
Arkib Berita Tahun 2019

Majlis Penyerahan Kerja-Kerja Ubahsuai Ruang Pejabat Di Aras 3, Jabatan Perikanan Malaysia, Lot 4G2, Wisma Tani, WP Putrajaya

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan Majlis Penyerahan Kerja-Kerja Ubahsuai Ruang Pejabat Di Aras 3, Jabatan Perikanan Malaysia , Lot 4G2, Wisma Tani, WP Putrajaya pada 19hb Disember 2019 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Aras 3, Jabatan Perikanan Malaysia.

Dari Kita Untuk Kita @ Biro Kebajikan Ziarah Keluarga En Sujeni Bin Sulaiman

Biro Kebajikan melalui Kelab Sukan, Sosial Dan Kebajikan JKR WPP telah melakukan satu ziarah silaturahim kepada keluarga En Sujeni Bin Sulaiman (Penolong Jurutera Elektrik) Bahagian Senggara Zon 3. JKR WP Putrajaya yang telah menerima ujian daripada Allah. Beliau telah kehilangan anak yang baru dilahirkan akibat komplikasi selepas kelahiran.

Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Ubahsuai Ruang Pejabat Di Bahagian Khidmat Perunding Dan Bahagian Pengurusan Audit Dalam, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Di Aras 5 Dan 6, Perbendaharaan 2, Putrajaya.

projek ini melibatkan pembinaan 7 Bilik Pegawai di Aras 6 dan 1 Bilik Mesyuarat di Aras 5 telah berjaya disiapkan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan iaitu bermula dari 21hb Oktober 2019 dan siap pada 13hb Diember 2019 di mana tarikh siap asal adalah pada 16hb Disember 2019 dan tempoh Deffect Liability Period (DLP) adalah selama 6 bulan.

Majlis Penyerahan bagi Projek Pembangunan Bangunan-bangunan Kerajaan Di Parcel F

Pada 26 November 2019, satu Majlis Penyerahan bagi Projek Pembangunan Bangunan-bangunan Kerajaan Di Parcel F telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ismail bin Haji Bakar di Dewan Damar Sari, Blok F8, Parcel F.

Taklimat Penyerahan Projek Pembangunan Bangunan Kerajaan Parcel F Kepada Ketua Setiausaha Negara

Sesi taklimat penyerahan projek Pembangunan Bangunan Kerajaan Parcel F kepada Ketua Setiausaha Negara oleh Pengarah JKR WP Putrajaya dan Bahagian Pengurusan Hartanah pada 25 November 2019.

Projek yang bernilai RM 1.8 billion ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 42 bulan dan siap 7 bulan lebih awal dari jadual.

Majlis Penyerahan Projek Bagi Kerja-Kerja Mengganti Dan Menukar Pintu Kaca Tempered Glass Di Bangunan Menara Usahawan Lot 2G6

Majlis Penyerahan Projek Bagi Kerja-Kerja Mengganti Dan Menukar Pintu Kaca Tempered Glass Di Bangunan Menara Usahawan Lot 2G6, Presint 2 Putrajaya kepada Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri tersebut telah diadakan pada 20 November 2019 dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia  Dato’ Ir. Haji Habbali Bin Ibrahim, Pengarah JKR WPP, kepada Yang Berusaha En Azri Noor Bin Mohd Arif, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri.

Majlis Penyerahan Projek Ubahsuai Naik Taraf Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Penglihatan Dan Masalah Pendengaran Di SK Putrajaya Presint 18(1)

Majlis serahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’Ir. Hj. Habbali Bin Ibrahim, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP) kepada Puan Zahnan Wahieyah binti Mohammad Yusoff, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pemantauan ISO 9001:2015 bagi tahun 2019 oleh SIRIM

Audit pemantauan sistem pengurusan kualiti organisasi (ISO 9001:2015) telah diadakan oleh SIRIM QAS International Sdn.Bhd bermula 12hb hingga 13hb November 2019. Audit ini bertujuan bagi menilai pematuhan yang berterusan sistem pengurusan organisasi terhadap keperluan-keperluan piawai.

Majlis Penyerahan Projek Bagi Projek Cadangan Ubahsuai Kaunter Unit Kewangan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan

Majlis Penyerahan Projek Bagi Projek Cadangan Ubahsuai Kaunter Unit Kewangan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan, Di Podium 1 Lot 4G3 Wisma Sumber Asli kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan tersebut telah diadakan pada 11hb November 2019  dan disempurnakan oleh YBerusaha Timbalan Pengarah JKR WP Putrajaya, Ir. Ibtisham Bin L. Saleh kepada Puan Mazlina Binti Ahmad Salleh, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan.

Majlis Penyerahan Projek Bagi Kerja-Kerja Pembaikan Premis Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) Putrajaya

Majlis Penyerahan Projek Bagi Kerja-Kerja Pembaikan Premis Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) Putrajaya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tersebut telah diadakan pada 8 November 2019 dan disempurnakan oleh YBerusaha Timbalan Pengarah JKR WPP, Ir. Ibtisham Bin L. Saleh kepada Hajah Wan Zarina Binti Wan Salleh, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis Tahlil bersama Anak Yatim Darul Izzah

Biro Kebajikan melalui Kelab Sukan, Sosial Dan Kebajikan JKR WPP telah berjaya mengadakan majlis Tahlil bersama anak-anak yatim Darul Izzah Bangi setelah usai solat maghrib. Majlis telah diadakan di Surau Darul Izzah.Biro Kebajikan melalui Kelab Sukan, Sosial Dan Kebajikan JKR WPP telah berjaya mengadakan majlis Tahlil bersama anak-anak yatim Darul Izzah Bangi setelah usai solat maghrib. Majlis telah diadakan di Surau Darul Izzah.

Johan Milik Kami – Anugerah Inovasi Pengurusan Pejabat Terbaik Tahun 2019

Majlis Perasmian Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya 2019 telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya yang mewakili Menteri Kerja Raya Malaysia. Majlis ini telah berlangsung di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), Jabatan Kerja Raya Malaysia, mendukung tema “Warga Inovatif, Organisasi Produktif”.

Bengkel “Ascertained Performance Deduction (APD)”

Bengkel “Ascertained Performance Deduction (APD)” telah berlangsung selama 3 hari bermula pada pada 15 Oktober 2019 (Selasa) hingga 17 Oktober 2019 (Khamis) bertempat di Bilik Taklimat Tender, Aras 1 JKR WP Putrajaya. Bengkel ini berlansung sepanjang hari bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang dimana melibatkan peserta daripada bahagian senggara bangunan dan kuarters yand terdiri seramai 36 orang peserta.

Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Pembaikan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1)

Majlis Penyerahan Projek Bagi Kerja-Kerja Pembaikan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9(1) Di Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada Pihak Sekolah tersebut telah diadakan pada 16 Oktober 2019 dan disempurnakan oleh YBhg Dato Pengarah JKR WPP, Dato’ Ir. Hj. Habbali Bin Ibrahim kepada Encik Ridzuan Bin Ismail, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan WPP.

Waterproofing & Metal Deck Roofing System

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) telah mengadakan Taklimat Produk dengan kerjasama Syarikat Vision 37 Sdn Bhd yang telah berlangsung pada 11 Oktober 2019, Jumaat di Bilik Taklimat Tender Aras 1 Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seramai 43 orang kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menghadiri taklimat ini.

Majlis Anugerah Pensijilan JKR Tahun 2019

JKR WP Putrajaya mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Pensijilan JKR Tahun 2019. Diantara penerima anugerah tersebut adalah Puan Zakiah Bt Klewan (Juruukur Bahan Kanan) dan En. Mohd Shahriman Bin Abd. Latef (Juruukur Bahan) bagi Kompetensi Pengurus Tuntutan Kontrak. Seterusnya bagi Kompetensi Kejuruteraan Alam Sekitar, En. Ahmad Afzan Bin Mohamad Bakri (Jurutera Mekanikal) turut berjaya mendapatkan pensijilan.

Bengkel Penyediaan Dokumen Tender Kontrak Kompleks Islam Putrajaya (KIP)

Bahagian Senggara Zon 3 (JKR WPP) dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Dokumen Tender Kontrak Kompleks Islam Putrajaya (KIP) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi Selangor yang berlangsung selama 3 hari bermula 11hb hingga 13hb September 2019.

Sesi Lawatan Tenaga ke Bangunan Diamond Suruhanjaya Tenaga, Putrajaya

Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) Kompleks C telah menganjurkan satu Sesi Lawatan Tenaga ke Bangunan Diamond, di Suruhanjaya Tenaga (ST), Presint 2, Putrajaya, di bawah program tahunan Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) dengan kerjasama pihak Pengurusan Fasiliti Kompleks C iaitu THP Sinar Sdn Bhd.

Perhimpunan Pagi Bil 3/2019 JKR WP Putrajaya

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan Perhimpunan Pagi Bil. 3/2019 pada 10 September 2019 (Selasa) bertemakan ‘PERPADUAN TUNJANG KEMERDEKAAN’ yang dianjur dan diuruskan oleh gabungan antara Bahagian Arkitek dan Bahagian Senggara Zon 3.

Program Mesyuarat Project Lesson Learned dan Mesyuarat Starter Kit

Bahagian Pengurusan Strategik & Intervensi telah menganjurkan satu Program Mesyuarat Project Lesson Learned dan Mesyuarat Starter Kit di JKR Timur Tengah, Pulau Pinang. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 23 hingga 25 oktober 2019.

Sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Bagi Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan Di Ibu Pejabat SPRM, Lot 7G1, Presint 7, Putrajaya Bagi Tahun 2019 Sehingga 2024

Sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Bagi Kontrak Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan Di Ibu Pejabat SPRM, Lot 7G1, Presint 7, Putrajaya Bagi Tahun 2019 Sehingga 2024 telah diadakan pada hari Selasa, 20 Ogos 2019 di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Program Ukhuwah Bersama Anak Yatim Darul Izzah

Pada 3hb – 4hb Ogos 2019, Kelab Sukan Sosial Dan Kebajikan JKR WP Putrajaya dibawah Biro Kebajikan yang diketuai oleh En. Ir. Masri Bin Baharuddin bersama pihak pengurusan Rumah Anak Yatim Darul Izzah telah mengadakan Program Ukhuwah warga kerja JKR WP Putrajaya bersama anak yatim Darul Izzah bertempat di Pusat Rekreasi dan Kem Motivasi, Dusun Akin Resort, Hulu Langat, Selangor.

Membina Integriti Memerangi Rasuah

JKR WP Putrajaya, anjuran Senggara Kuarters telah mengadakan program ceramah integriti bertajuk “Membina Integriti Memerangi Rasuah” bertempat di Bilik Taklimat Tender JKR WP Putrajaya Aras 1. Ceramah disampaikan oleh En. Rosmadi Bin Kasim, Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Taklimat "Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB)" Bagi Kakitangan Senggara Kuarters

Satu taklimat berkenaan "Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB)" telah diadakan di JKR WP Putrajaya fokus untuk kakitangan Bahagian Senggara Kuarters disampaikan oleh En. Abdul Nizam Bin Abdullah Sani dari CPAB JKR WP Putrajaya. Menurut Ir. Masri Bin Baharuddin selaku Ketua Bahagian Senggara Kuarters, objektif program taklimat ini adalah bagi tujuan memperkasakan lagi kefahaman pengunaan borang-borang terkini SPB dan PATA terutamanya yang berkaitan dengan operasi Senggara Kuarters.

Penyerahan Perakuan Bomba FC di Bangunan BHEUU Lot 3G1, Putrajaya.

Penyerahan perakuan bomba FC di bangunan BHEUU Lot 3G1 telah diadakan pada 26hb julai 2019 jam 11.00 am oleh Pengarah JKR WP Putrajaya  YBhg. Dato ir. Hj Habbali bin Ibrahim kepada Ketua Pengarah BHEUU YBhg. Datuk Dr. Rose Lena binti Lazemi Ketua Pengarah (JUSA  A) Pejabat Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dalam mesyuarat pengurusan beliau. Turut hadir sama Jurutera Awam Penguasa Kanan zon 2 En. Ir. Lai Liang Kong.

Taklimat Produk dengan kerjasama Syarikat Rigel Technology (M) Sdn Bhd

Bahagian Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) JKR WP Putrajaya telah mengadakan Taklimat Produk dengan kerjasama Syarikat Rigel Technology (M) Sdn Bhd yang berlangsung di Bilik Taklimat Tender Aras 1 Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seramai 40 orang staf dan kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menghadiri taklimat ini.

Taklimat Berhubung SAP JKR WPP BIL.1/2019 Bagi Penetapan Penggunaan ‘Compact Disc’ (CD) Bagi Dokumen Sebut Harga Di Dalam Perolehan Kerja

Tujuan taklimat ini adalah bagi menjelaskan lagi kandungan SA Pengarah JKR WP Putrajaya ke atas pembaharuan kaedah dokumentasi sebut harga. Dalam era perubahan digital kini, adalah wajar kaedah penyediaan dokumen secara ‘hardcopy’ ditambahbaik dan diselaraskan ke arah ‘Teknologi Hijau’. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Shahriman Bin Abd. Latef (Juruukur Bahan).

Majlis Penyerahan Projek Bilik Utiliti Dan Stor Aset Bangunan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Cadangan Pembinaan Bilik Utiliti Dan Stor Aset Di Aras L1 Dan C1, Bangunan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 2hb Julai 2019 (Selasa).

Perhimpunan Pagi JKR WP Putrajaya Bil. 2/2019

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan Perhimpunan Pagi bil.2/2019 pada 26 Jun 2019 (Rabu) dianjur dan diuruskan oleh gabungan antara Bahagian Kontrak & Ukur Bahan dan Bahagian Senggara Kuarters. 

Kunjungan Silatulrahim Timbalan Menteri Kerja Raya ke JKR WP Putrajaya

Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir mengunjungi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya dalam siri lawatan kerja menyantuni warga kerja raya.

Program Integriti : Human Behaviour

Satu program Integriti berkenaan ‘Human Behaviour’ telah diadakankan di JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya yang disampaikan oleh penceramah Dr. Christopher Abas dari Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. Program taklimat ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) JKR WP Putrajaya. 

Sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Dan Dokumen Kontrak (2 Dalam 1) Bagi Projek Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan Di Jabatan Peguam Negara (Lot 4G7), Presint 4, Putrajaya Bagi Tahun 2019 Sehingga 2024

Sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Dan Dokumen Kontrak (2 dalam 1) Bagi Kontrak Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan di Jabatan Peguam Negara (Lot 4G7), Presint 4, Putrajaya Bagi Tahun 2019 sehingga 2024 telah diadakan pada hari Jumaat, 31 Mei 2019 di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya

Majlis Iftar Ramadhan Bersama Anak Yatim Darul Izzah

Pada 17 hb Mei 2019 Biro Kebajikan melalui Kelab Sukan, Sosial Dan Kebajikan JKR WPP telah berjaya mengadakan majlis Iftar bersama anak-anak yatim Darul Izzah Bangi bertempat di Restoran Balqis, Ayer 8, Presint 8, Putrajaya.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Bagi Tahun 2018

Pada 30 April 2019 JKR WP Putrajaya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua 12 penerima APC tahun 2018. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kementerian Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur. Aturcara majlis bermula seawal jam 6.45 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Taklimat "Introduction To Building Structure Integrity (BSI)"

Pada 30 April 2019 (2.30 petang), satu taklimat berkenaan ‘Introduction To Building Structure Integrity (BSI)’ telah diadakankan di JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKWPP) yang disampaikan oleh penceramah Ir. Dr. Mohd Farid Ahmad Bin Ahmad@Majid, dari syarikat perunding Farid Ahmad Consulting Engineers.

Lawatan Ke Kilang L.V CONTROL SDN. BHD. Di Kawasan Taman Perindustrian Subang USJ 1, Subang Jaya, Selangor.

Bahagian Kejuruteraan Elektrik & Senggara Zon 3, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mengadakan lawatan ke kilang L.V. Control Sdn. Bhd. bagi menghadiri Seminar dan Factory Acceptance Test (FAT) untuk Surge Protection Device. Tujuannya adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan mengenali dengan lebih dekat tentang surge protective device (SPD) jenama DUVAL.

Program Gotong-Royong Di Rumah Anak Yatim Darul Izzah

Pada 23 April 2019, pihak JKR Putrajaya, Bahagian Senggara Kuarters bersama pihak kontraktor Alam Bersih Sdn.Bhd telah menganjurkan aktiviti gotong-royong di Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Teras Jernang, Kajang.  Aktiviti ini dijalankan bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat  JKR WP Putrajaya.

Majlis Penyerahan Projek bagi Kerja-kerja Pembaikan Rasuk Di Anjung Infleksi Klinik Kesihatan Presint 9, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Majlis Penyerahan Projek bagi Kerja-kerja Pembaikan Rasuk Di Anjung Infleksi Klinik Kesihatan Presint 9, Wilayah Persekutuan Putrajaya telah disempurnakan oleh Tuan Ir. Ibtisham bin L. Saleh (Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek) bersama Dr. Husnina binti Ibrahim (Pegawai Kesihatan Putrajaya, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya).

Majlis Sambutan Hari Lahir Dan Majlis Perpisahan Pegawai Bahagian Senggara Zon 3 & Kejuruteraan Elektrik

Majlis Sambutan Hari Lahir dan Majlis Perpisahan Pegawai Bahagian Senggara Zon 3 & Kejuruteraan Elektrik (Zon 3) telah diadakan bertempat di Bilik Bincang Wira, Aras 2, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKR WPP)

27 Kesalahan Di Dalam Bacaan Surah Al-Fatihah

Pihak JKR WP Putajaya, Bahagian Senggara Zon 1 telah mengadakan program nusrah Al-Quran bertajuk "27 Kesalahan Di Dalam Bacaan Surah Al-Fatihah" yang disampaikan oleh Al-fadhil, Al-Ustaz Syahrulnizam Bin Talib (USNT) daripada Akademi Nur Ilmi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JKR WP Putrajaya Aras 3. Program ini telah dihadiri seramai 53 warga kerja JKR WP Putrajaya yang dipengerusikan oleh En. Khairul Azmi bin Mohd Salleh, Jurutera Mekanikal Kanan.

Taklimat: Air Products and Systems Clean Filters

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) telah mengadakan taklimat produk dengan kerjasama Syarikat AAF International yang berlangsung 5 April 2019, Jumaat di bilik Taklimat Tender Aras 1 Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Majlis Pelancaran Bersepadu Sistem Aduan Kuarters SAKU

JKR WP Putrajaya telah mengadakan Majlis Pelancaran Bersepadu Sistem Aduan Kuarters SAKU versi 1.0 bertempat di Dewan Perhimpunan MESTECC, Kompleks C Putrajaya. Turut hadir sama wakil daripada BPH, Ketua-ketua Bahagian Senggara JKR WP Putrajaya, para pegawai JKR WP Putrajaya, pihak kontraktor dan Persatuan Penduduk.

Mesyuarat Persijilan MyCREST Qualified Profesional (QP) Sesi 2/2019

Bahagian Arkitek dan Jawatankuasa Lestari JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan kerjasama CIDB, telah menganjurkan sesi Mesyuarat Persijilan MyCREST Qualified Profesional (QP) SESI 2 yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 28 Mac 2019 (Khamis) hingga 29 Mac 2019 (Jumaat). Program ini telah berlangsung di Bilik Kuliah 1, Aras 4, Bangunan ITITC, Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi.

Latihan Kebakaran Bersama Pihak Bomba Putrajaya

JKR WP Putrajaya dengan kerjasama kontraktor fasiliti Kompleks C iaitu THP Sinar Sdn Bhd telah mengadakan latihan kebakaran bersama pihak bomba di Balai Bomba Putrajaya, Presint 7. Latihan ini melibatkan pasukan ERT setiap kementerian / jabatan di Kompleks C yang berjumlah 50 orang peserta.

Taklimat Perundangan & Amalan Terbaik Dalam Perolehan Dan Pentadbiran Kontrak FM

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan JKR WPP telah menganjurkan satu taklimat bertajuk Isu-Isu Perundangan & Amalan Terbaik Dalam Perolehan Dan Pentadbiran Kontrak FM selama 2 hari iaitu pada 1 dan 4 Mac 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JKR WP Putrajaya.  Taklimat ini disampaikan oleh Sr. Amran Bin Mohd Majid, Pengarah Kejuruteraan Adjudikasi / Jusa C dari Cawangan Kontrak & Ukur Bahan.

Mesyuarat Persijilan MyCREST Qualified Profesional (QP) Sesi 1/2019

Bahagian Arkitek dan Jawatankuasa Lestari JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan kerjasama CIDB, telah menganjurkan sesi Mesyuarat Persijilan MyCREST Qualified Profesional (QP) yang telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 27 Februari 2019 (Rabu) hingga 1 Mac 2019 (Jumaat).

Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti (AI) di JKR WP Putrajaya

Tujuan Pengauditan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi tahap pengurusan kewangan berdasarkan penilaian terhadap 8 aspek utama iaitu Kawalan Pengurusan, Kawalan Bajet, Kawalan  Terimaan, Pengurusan Perolehan, Kawalan Perbelanjaan, Pengurusan Aset dan Stor,Pengurusan Kenderaan Kerajaan dan Pengurusan Akaun Amanah/ Kewangan Amanah & Deposit.

Mesyuarat Pengumpulan Data Bagi Pewujudan Pusat Maklumat Kontrak di JKR WP Putrajaya

Unit Pengurusan Strategik & Intervensi (UPSi) telah mengadakan mesyuarat pengumpulan data bagi pewujudan pusat maklumat kontrak di JKR WP Putrajaya bilangan 2/2019 bertempat di Bilik Mesyuarat
Utama (BMU), Aras 3 JKR WP Putrajaya.

Mesyuarat Pra Bengkel Parameter 2 BPA Dan Verifikasi Data Di Putrajaya

Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA), CPAB Ibu pejabat JKR Malaysia telah mengadakan satu Mesyuarat Pra Bengkel Parameter 2 BPA Dan Verifikasi Data Di Putrajaya bertempat di Bilik Bincang Utama, Aras 3, JKR WP Putrajaya.

Majlis Simbolik Penyerahan Bendera Kontijen JKR WP Putrajaya

Majlis Simbolik Penyerahan Bendera Kontijen JKR Putrajaya telah diadakan sebelum pasukan JKR WP Putrajaya yang dijangka bertolak ke temasya Sukan JKR Malaysia, Kota Kinabalu Sabah yang akan berlangsung pada 22-24 Feb 2019.

Mesyuarat Pengurusan Dan Penggunaan Sistem E- Perolehan Bagi Kontrak Housekeeping & Pest Control Dan Sebutharga (Perkhidmatan)

Bahagian Kontrak dan Ukur  Bahan, JKR WP Putrajaya telah mengadakan mesyuarat dan sesi ‘hands-on’ perolehan kerja perkhidmatan dengan kerjasama wakil Commercedotcom (CDC).

Majlis "Selamat Maju Jaya"

Unit Pengurusan Strategik dan Intervensi (UPSi) telah mengadakan Majlis Selamat Maju Jaya buat dua kakitangan UPSi iaitu En. Hanafi Bin Aminuddin (Jurutera Awam Kanan J48) yang bertukar ke JKR Cawangan Jalan Ibu Pejabat dan En. Shafiq Hakimie Bin Sabtu (Jurutera Awam J41) bertukar ke Bahagian Senggara Zon 1 JKR WP Putrajaya.

Lawatan Teknikal Projek Perlaksanaan Energy Performance Contract (EPC) Di Politeknik Merlimau, Melaka

Add some more info about this item...

Pihak JKR WP Putrajaya telah mengadakan lawatan teknikal untuk projek perlaksanaan penjimatan tenaga melalui konsep prestasi tenaga (Energy Performance Contract - EPC) di Politeknik Merlimau, Melaka. Lawatan ini melibatkan 13 kakitangan JKR WP Putrajaya yang terdiri daripada para pegawai dan semua ketua-ketua bahagian senggara.

Majlis Penyerahan Projek Membina Bilik Menunggu VVIP Di Masjid Putra, Putrajaya

Add some more info about this item...

Majlis Penyerahan Projek Membina Bilik Menunggu VVIP Di Masjid Putra, Putrajaya. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ Ir. Haji Habbali bin Ibrahim, Pengarah JKR W.P. Putrajaya kepada Y.Bhg Datuk Haji Abd Manaf bin Haji Mat, Imam Besar Masjid Putra.​

Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Dewan Kepada Taska

Add some more info about this item...

Majlis penyerahan projek cadangan penyiapan kerja-kerja menaiktaraf dewan kepada taska di bangunan MESTECC, aras 1, Blok C4, Kompleks C, Putrajaya.

Please reload

arkib berita 2019
Arkib Berita Tahun 2018

Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bilik Darjah Konsep

19 Dec 2018

Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Cadangan Pembinaan Bilik Darjah Konsep Di Sekolah-Sekolah Rendah Di Wilayah Persekutuan Putrajaya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diadakan pada 20 Disember 2018 dan disempurnakan oleh YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan.

Lawatan Pemantauan Kementerian Kewangan Malaysia Dan Unit Pelarasan Pelaksanaan,Jabatan Perdana Menteri Ke Tapak Projek Pembinaan Bilik Darjah Konsep Di Sekolah-Sekolah Rendah Putrajaya (Pakej 1 & 2)

18 Dec 2018

Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz SUB Bahagian Perolehan Kerajaan MOF, TKPKR (Pembangunan), Kementerian Perlajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia dan Cawangan Arkitek JKR Malaysia.

1 / 1

Please reload

Pemeriksaan Kalis Air Di Dataran Pahlawan

27 Feb 2018

Pada 28 Februari 2018, Bahagian Pengurusan Projek (BPP) telah menghadiri pemeriksaan siap kerja bagi penggantian lapisan kalis air (waterproofing) di Dataran Pahlawan, Putrajaya. Kerja-kerja penggantian ini diberi tempoh selama 4 minggu untuk disiapkan dan pihak kontraktor telah menyelesaikan dalam tempoh 3 minggu sahaja.

Taklimat Magnetic Particle Inspection (MPI)

26 Feb 2018

Pada 27 Februari 2018, magnetic particle inspection (MPI) telah dibuat dan pihak BPP turut menghadiri untuk melihat bagaimana cara pemeriksaan ini dilakukan.

1 / 1

Please reload

arkib berita 2018
arkib berita tahun 2017
Arkib Berita Tahun 2017

Bengkel Dan Taklimat FMM : Pembentangan Tugasan Berkumpulan(1)

13 Dec 2017

Kesinambungan daripada bengkel FMM yang lepas, JKR WP Putrajaya telah mengadakan sesi pembentangan tugasan berkumpulan (1) bertempat di Bilik Taklimat Tender JKR WP Putrajaya pada 14 Disember 2017.

Taklimat Produk:- "Building Concrete & Water Proofing"

03 Dec 2017

Bahagian Senggara Zon 2 telah mengadakan Taklimat Produk dengan kerjasama Syarikat Sto South East Asia Sdn Bhd yang berlangsung pada 4 Disember 2017, Isnin di Bilik Taklimat Tender Aras 1 Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seramai 62 orang staf dan kakitangan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Pengurus fasiliti telah menghadiri taklimat ini.

1 / 1

Please reload

bottom of page