top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Perasmian Jambatan Seri Ehsan

Tarikh : 9 Oktober 2017

Jambatan Seri Ehsan yang menghubungkan Presint 4 dan Presint 19 di sini akan dibuka kepada lalu lintas mulai esok. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang merasmikannya hari ini berkata jambatan kesembilan di Putrajaya itu bertujuan mewujudkan laluan alternatif dan memendekkan masa perjalanan memasuki 'Putrajaya Core Business District' iaitu di Presint 1 hingga Presint 5.

"Secara tidak langsung ia dapat menyuraikan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Jambatan dengan peruntukan RM68.5 juta oleh kerajaan itu mula dibina pada 15 Okt 2015 dan siap pada 30 Jun tahun ini. Jambatan baharu tersebut adalah sepanjang 280 meter dengan kelebaran 35 meter yang menyediakan enam lorong iaitu tiga lorong keluar dan tiga lorong masuk ke Presint 4, katanya.

'Ketinggian jambatan tersebut adalah setinggi 9 meter dan boleh dilalui oleh bot persiaran,' kata Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya.

--sumber BERNAMA

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 15-FEBRUARI-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page