top of page

  J-CoP  

  SPFB  

Building Consumption Input System

  BCIS  

logo MYKUARTERS.jpg

MYKUARTERS

SPSB.jpg

  SPSB   

Program Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 2017 JKR WP Putrajaya

Tarikh : 28 November 2017

PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2017 JKR WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA anjuran Bahagian Pengurusan Projek (BPP) dan Zon 2, Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan Putrajaya telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Ir. Hj. Habbali Bin Ibrahim pada 28 November 2017 di Ruang legar, Aras 3, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada kesemua kakitangan JKR Putrajaya mengenai kepentingan menjaga keselamatan di tempat kerja dan kesihatan. Untuk merealisasikan program ini, JKR W.P. Putrajaya telah menjemput dua orang penceramah. Pada Sesi Pertama, penekanan diberi kearah kesihatan, tajuk ceramah ialah  Memberi Bantuan Kecemasan. Penceramah jemputan untuk sesi ini ialah Dr. Shahrul Nizam Bin Ahmad Zamzali dari Universiti Sain Islam Malaysia (USIM). Selain dari berceramah, demontrasi dan ‘hand on’ memberi bantuan kecemasan juga diadakan. Wargakerja JKR W.P. Putrajaya didedahkan dengan cara-cara yang betul untuk melakukan bantuan awalan kepada mangsa sebelum ketibaan ambulan atau doktor, diantaranya ialah cara-cara menangani mangsa pendarahan, cara-cara menangani mangsa yang terseliuh & patah, pemeriksaan nadi, CPR (Cardiopulmonary resuscitation), mangsa tercekik untuk orang dewasa dan juga bayi. Selain itu, para hadirin diberi peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan seperti mengambil tekanan darah,BMI dan ujian kencing manis.

Manakala untuk sesi kedua pula, Ir. Khairul Azmeel Bin Mohd Sopery Jurutera JKR Daerah Tampin seorang yang berkelayakan sebagai Safety and Health Officer dijemput untuk memberi ceramah pada sesi ini. Wargakerja JKR W.P. Putrajaya didedahkan dengan kepentingan keselamatan di tapak bina dan di pejabat seperti penerangan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994-OSHA, kepentingan penubuhan Ahli Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Mengenalpasti Bahaya, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko, Kompentensi, Latihan dan Kesedaran, Pencegahan Kecemasan, Persediaan dan Tindak Balas dan juga penambahbaikan dalam keselamatan di JKR W.P. Putrajaya.

    

Program ini juga dimeriahkan lagi dengan booth pameran kesihatan dan keselamatan dari agensi-agensi yang terlibat.

© 2017 Hakcipta Terpelihara Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP)

Penafian : Pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya tidak bertanggung jawab diatas kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas & juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Laman Portal Rasmi JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya ini  telah dilancarkan pada 24 November 2017.

Tarikh Kemaskini: 18-MAC-2025

email aduan: aduanjkrwpp@jkr.gov.my 

  bilangan pelawat  

bottom of page