

Portal Rasmi
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya

Seminar Pengurusan Fasiliti JKR WP Putrajaya 2017


































Tarikh : 27 Oktober 2017
Seminar Pengurusan Fasiliti JKR anjuran CPAB dan JKR Putrajaya telah berlangsung di Dewan Kementerian Perlancongan Dan Kebudayaan Presint 5, Putrajaya. Seminar tersebut telah disertai oleh agensi pelanggan yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan serta para kontraktor terlantik di Putrajaya. Ia tleah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik dari para peserta.
Pihak penganjur telah menjemput seramai 5 orang penceramah yang berkaliber bagi memberikan taklimat yang berkaitan dengan pengurusan fasiliti. Antara tajuk yang dibentangkan ialah:
1) Pengenalan kepada Condition of Contract (COC) FMM 2016
- disampaikan oleh : Sr.Norizan Binti Mahmud
Bahagian Perundingan Pengurusan Aset Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
Ibu Pejabat JKR
2) Garis Panduan Perolehan Dan Pentadbiran Kontrak Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan
- disampaikan oleh : Sr.Norizan Binti Mahmud
Bahagian Perundingan Pengurusan Aset Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
Ibu Pejabat JKR
3) Spesifikasi Teknikal Pengurusan Fasiliti dan Penyelenggaraan Bangunan
- disampaikan oleh : Ir. Mohd Fadhlin Bin Arshad
Bahagian Perundingan Pengurusan Aset Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
Ibu Pejabat JKR
4) Perkongsian Pengalaman Pengurusan Fasiliti
- disampaikan oleh : Dr. Mohammad Ashraf Bin Abdul Rahman
3) Sistem Pengurusan Fasiliti Berpusat (eSPFB)
- disampaikan oleh : Noor Azizi Bin Abdul Aziz
Bahagian Perundingan Pengurusan Aset
Ibu Pejabat JKR